Retro9

Malaysian Indie Band Resource

Malaysia Indie Band Info

Thanks Korang!

Thanks korang singgah blog R E T R O 9,soo kiteorang galakan korang untuk subscribe sebagai mail reader,supaya korang tak terlepas info-info yang terbaru dari kami.KLIK SINIuntuk subcribe,jgn lupa untuk verify e-mail ok!

RETRO9 CREW

Korang Ade Info?

Korang ade info?nak share ngan Retro9 dan orang lain? hantarkan ke mayoegg@gmail.com ataw buzz kami di Myspace kami

RETRO9 CREW

Thrash Fest

anda peminat genre thrash? atau metal yang agak heavy dan hardcore? ayuhla ke PENANG minggu ini.






Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Mari Support Earth Hour 2009





Mari Support Earth Hour tanda sayang pada bumi kita. Cuma padamkan segala benda elektrik selama sejam bermula 8.30 - 9.30 malam sabtu ini. Marilah bersama menyokong kempen ini tanda anda sayang dan prihatin dengan keadaan bumi yang dilanda pemanasan global . Video di bawah akan membuat anda fikir sekali lagi untuk berkata tidak kepada kempen ini. Ayuh Malaysia. :)


come & watch this video :)



come on. lets switch off the light if you really love this Earth. It worth & only for an hour :) 


Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Camni Cap Ehh - video blog gaya baru




Sekarang ni ada pelbagai macam² jenis projek yang dilakukan oleh bebudak yang mengikut arus musik indie untuk menunjukkan sokongan, bakat atau apa sahaja la. Satu dari usaha yang semakin mendapat tempat di hati peminat musik sekarang ialah siri video "Camni Cap Ehh!".  Mirip Kick.tv yang pernah dilakukan oleh Ag & Ecah dari keluarga band HUJAN tetapi masih mengekalkan gaya mereka yang tersendiri. Siri yang bermula sekadar suka-suka untuk tontonan kawan² terdekat kini sudah menjadi sebahagian daripada keluarga radio blog online, myindie.fm yang dibangunkan oleh Dat dan rakan.

Camni Cap Ehh!! rancangan yang dihostkan oleh dua rakan karib dari Nilai, N9 yang berkongsi minat yg sama iaitu musik, Mohd Zulhelmie Zullifan  & Shy'rul Afnezam Watuna. Mereka lebih dikenali sebagai Elmi & Shy. Video blog oleh dua jejaka kacak ini bukan saja memuatkan cerita game anticarut yang akan buat korang mencarut-carut sendiri bila kalah, tapi ada juga interview-interview ringkas bersama band-band yg mereka temui di gig-gig yang dihadiri mereka selain dari cerita perjalanan BULAN Community selain event-event lain yang mereka lakukan. Terbaru mereka baru saja berpeluang menemuramah beberapa band nama besar seperti The Times , Couple. Satu pujian buat mereka yang sanggup bersusah payah menginterview band-band yg ada dengan masa yang terhad.

Oh ya, sila berhati-hati bila ketemu mereka kerana anda mungkin terkena " POWW! "

Mahu tahu lebih lanjut ? Ushar sini  :

 atau anda boleh melayari radio online di MyIndie.fm


JANGAN LUPA KE KONSERT AMAL GAZA MINGGU INI. meet u there ;)

Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Hot.fm Big Jam 2009




bertempat di danga bay  1 march ini,  Hot.fm sekali lagi kembali mengegar dgn konsert 8jam tanpa henti. Antara artis yang terbabit : Mawi, Adam, Aizat, Elyana, Ruffedge, & byk lagi. Antara band2 indie yang terlibat : Meet Uncle Hussein, Pesawat, One Buck Short, Bunkface, Maximus & byk lagi.


Jika anda berada di JB pada 1 March, pastikan tidak ketinggalan untuk berhibur mereka ;)





Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Konsert Kemanusiaan Untuk Gaza


mari beramal sambil berhibur bersama OAG, Bunkface, Roti, The Times & byk lg.
Lokasi : Muzium Telekom, Jln Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Tarikh : Feb 28, 2009.
Masa : 2ptg - 10mlm
Tiket : RM25

datangla beramai-ramai berhibur dgn band2 kesayangan anda & beramal :)

Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Fenomena Musik Kini

Lewat kebelakangan ini, musik indie semakin  mendapat tempat di dalam industri musik Malaysia. Rata-rata pemusik semakin membuka mata terhadap kemampuan band2 indie dimana semakin byk mereka diberi peluang utk beraksi. Sejak Estranged menjuarai Anugerah Juara Lagu & diikuti kemenangan Meet Uncle Hussein tahun ini, ramai pihak sudah mula mengintai kehebatan band-band tempatan yg suatu tika dulu pernah dilabel tiada bakat, sampahan yg merosakkan minda remaja. Radio - radio tempatan kini semakin kerap memutarkan lagu tempatan berbanding dulu bila mana mereka seperti mengagungkan karya negara jiran. Setidak-tidaknya mereka akhirnya membuka mata terhadap bakat tempatan yang suatu tika dulu pernah mereka katakan bakat tempatan tiada kualiti.

Sememangnya Meet Uncle Hussein antara band yg mempunyai bakat besar. Couple pula antara band yang agak dikenali di luar negara selain Pop Shuvit. Hujan misalnya semakin menuju kejayaan walaupon ramai yg mengkritik musik mereka. Dari Malaysia ke London dan kini bakal ke Indonesia. Syabas buat Hujan. Bunkface, yang bakat mereka terserlah melalui rancangan Blast Off! suatu masa dulu misalnya semakin mengukuhkan tempat mereka sebagai band pop punk yg berjaya. Selamat Pagi Gadis walaupun masih baru, tapi sedang meniti tangga menuju kejayaan biarpun tanpa 2 anggota mereka yg berada di luar negara.

Saat sesetengah band indie semakin mencipta nama, band-band lama seperti Butterfingers, Seven Collar Tshirt, OAG & The Times [sekadar beberapa nama] pula semakin mengukuhkan kedudukan mereka. Langsung tidak tercabar oleh kedatangan band-band baru. 

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh beberapa band indie lewat masa ini, memberi inspirasi kepada para remaja dimana kini banyak band-band baru tumbuh bagaikan cendawan. Satu perkembangan yang baik tapi bukan semua band tersebut  mempunyai identiti mereka sendiri kerana kebanyakkan band dibayangi band-band yg sedia ada. Bukan mahu mengutuk tapi hakikatnya bukan semua band baru itu punya identiti & musik yang boleh dibanggakan. Mereka sepatutnya mempunyai identiti tersendiri yang boleh membezakan mereka dengan band yang sedia ada. Rapat dengan band tertentu bukan alasan untuk mempamerkan musik yang sama. Ilmu yang dikongsi sewajarnya diterjemahkan menjadi karya yang hebat. Semoga mereka akan temui identiti mereka dalam musik yang mereka mainkan. Hanya masa saja yang akan tentukan ke mana mereka & para pengikut musik akan menilai kemampuan mereka. 

Bukan semua band menjadi pujaan semua orang & bukan semua band menjadi kebencian semua orang. 

Kalau suka, layankan. Kalau benci tak perlu fuck, abaikan saja. Lain telinga lain citarasa. 

Dengar saja, ikut naluri anda. 

[sekadar menyebut beberapa nama band & bukannya mengabaikan band-band lain]

*sekadar pandangan dari sisi seorang pemerhati. kalau salah harap diampun.


Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

coming to you this march






anda rindu Couple? anda rindu SPG? anda rindu BUNKFACE?
anda rindu The Times? anda perlukan keseronokkan seketika? 
atau anda rindu utk berdansa bersama rakan?
marila kesini, lupakan yg mengganggu jiwa & ubati rindu anda bersama kawan! 
:)



Location : MCPA HALL
Date : 18 March 2009
Ticket : RM18 [Presale = RM15]


bring your dancing shoes 

be there & rock n roll with us :)



Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Gig Untuk Orang Utara Januari ini








Satu lagi usaha SAMPAH SOCIETY dgn kerjasama rakan-rakan utk mereka di utara.

Ayuh bawa bersama kasut menari anda ke Wisma Oh Kongsi 10 JANUARI ini.

click banner utk number telefon yg lebih jelas utk sebarang pertanyaan


Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Interview Dengan The Voks


The Voks .. band yang semakin mendapat tumpuan, kini hampir bernaung di bawah magni. Juga dikenali kerana gig pertama mereka, sang drummer telah memecahkan skin drum di paul's place. Atas bantuan seorang rakan, kami berjaya menemuramah The Voks. Interview berlangsung antara RETRO9, seorang rakan dgn fadh manakala afiq & midi yg menyertai kami dlm minit2 terakhir. Mari ikuti sebahagian dari perbualan ini :)

RETRO9 :cerita la camne boleh tertubuh band ni ? minat ke? ni sume kawan2 ke?

The Voks : kami semua kawan2. satu sekolah menengah dulu. aku, afiq , alep ngan midi satu skolah menengah. time tu jamming je keje kte, lagu beatles lah, lagu the vines lah, lagu the strokes la, pastu kte buat la band.

RETRO9 :kira bile da asek jams sesame byk kali baru korang terfikir nk buat band la ek ?

The Voks : aah. kitorang terpikir gak nak buat lagu so kite baru je aktif ni. sblom ni aku sebok blaja kat kulim, kedah so slow skit progress.

RETRO9 : cemane korang jam sume lepas kau belajar dekat kulim ?

The Voks : time skolah menengah lagi jam, pastu aku bosan buat la lagu mase form 5 lagi

RETRO9 : kira lagu2 the voks ni lagu kau kompose la ni ?

The Voks : yup. 4 lagu tu aku yg buat tp bnyk lagi. ade gak alep yg buat, ade yg afiq buat cume tak rekod lg.

RETRO9 : so, setakat ni, dah bape lagu? campur yg belum rekod?

The Voks : aku ade buat bnyk lagi cume tak praktis satu band lagi, pasni mungkin kite akan rekod lagi 6 kot.

RETRO9 : semua lineup student lg ke ?

The Voks : yup .vokalis kte tu baru join band ni.

RETRO9 : camne plak muncul name the voks tu ke nk ikot trend band gune "the"? mane korang cilok ?

The Voks : the voks? kite bnyk influence dr band yg start dgn "the". Voks tu, kite ske band2 sweden so kite men petik je name voks tu, bunyi ala ala swedish.

RETRO9 : voks tu ada maksud ke? ke main petik2 je?


The Voks : takde maksud. main petik je. name tu bkn aku yg buat tp alep.

RETRO9 : skang da ada demo ke ? or maen gig jek ?

The Voks : demo dah direkodkan tp belum sedia utk dijual lagi. kitorang main gig 27 aribulan ni kat red bungalow kat blakang pelita klcc tu. kite nak try gak jual demo kte time tu. harga tak tau lagi ah.

RETRO9 : main influence korang? maybe bley sebut 3-4 nama?

The Voks :influence kte:- albert hammond jr, the beatles, the who, the strokes, bnyk lg. band2 garage spt the remains, the sevens.

RETRO9 : oke, ape yg korang cari sbnarnye dgn buat band ? glamour, korang kejar x? duet ?

Fadh The Voks :kalau aku lah, aku minat muzik. aku ske write songs. tak kesah la ape org nak kate bkn nak cari populariti.

Midi The Voks : aku nak dueeett and lagi satu bende tu hobi. kan best dapat duit ngan buat bende yg kite suke. duet sampingan tu.

RETRO9 : band korang lebih prefer lagu malay or english?

Fadh The Voks : aku tak kesah, buat lagu ni spontan kalau start ngan bahse inggeris habiskan dgn bahse inggeris ar

Midi The Voks : aku ingat nak english la tapi aku org melayu la pulak

RETRO9 : cube citer sket perkakas2 yg digunakan? effect2? atau software yg korang gune dlm buat lagu ?

Midi The Voks : contoh software, kitorangnye cokianye, audiocity. tp kite rekod bkn ade pki audiocity pon, cuma sebelum rekod kan kite test pakai audiocity.

Fadh The Voks : aku pki tubescreamer ngan big muff.

RETRO9 : soalan bebas, ape pendapat kau tentang download mendownload lagu dr internet? ape keburukan mendownload dan ape kebaikan mendownload?

Midi The Voks :sebenarnye bende ni x baik kot keburukan die penat la die record nak jual pastu org amek free tapi ngan download la diorang leh tesebar luas doh

Fadh The Voks : yeah pastu pass kat member2.

RETRO9 : ape perancangan korang utk band ni ?

Fadh The Voks : plan pasni? plan kite cari gig bnyk2.rekod lagi beberape lagu.

Midi The Voks : plan, buat lagi duet.

RETRO9 : oke, soalan penutup. ape ucapan the voks kepada peminat2 the voks atau follower indepedent scene?

THE VOKS :teruskan menyokong indipendent scene & majukan pemuzik tempatan. hehe

myspace the voks : THE VOKS

Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

laila's lounge - REST IN PEACE

Berita yg agak mengejutkan ketika ini. Band yg hangat dgn lagu mawar khayalan kite tibe2 sudah dibubarkan. Ini petikan dari myspace mereka

Kami Lailas Lounge memohon maaf yang tidak terhingga kerana tidak dapat meneruskan perjuangan Laila,.. Lailas hanya mampu bertahan sehingga 14 Disember 2008,.. Last show di CT Plaza itu ari (Xgig) kerana hadi(vox) menarik diri kerana ingin menuntut ilmu.. kalau korang rasa sayang n terkilan.. apa lagi kita orang (toya,icham,bai n anaz) susah senang jatuh bangun gelak tawa sedih hiba kami bersama... tapi apa2 pun kami hormati keputusan hadi walau pun sedih pahit perit kami tetap harungi dengan hati yang tabah,.. tapi kami ber4 tetap akan terus berkarya n bermusic,.. mungkin tak sehebat laila(tahap yang kami dapat capai kini) tapi kami cuba untuk menghasilkan melodi yang lebih baik dari sebelum ini.. Terima kasih kepada semua organizer kawan sahabat teman dan kekasih yang sentiasa menyokong kami dari belakang,.. kami amat terhutang budi dan menghargai segala apa yang korang lakukan,..

Maaf yang tidak terhingga dari kami,..
*toya, anaz, icham, bai*
salam
n
cheeers from JB.


LL is RIP! (1998 - 2008)

no more laila's lounge. ape pon all the best for them :)

Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

imsorrymom - experimental dari klang



Diberi nama imsorrymom yang muncul secara spontan, sekumpulan anak muda dari Klang ini membawa genre experimental yang boleh dikatakan ada gaye screamo dalam musik mereka. Baru ditubuhkan dalam tahun ini, 4 buah lagu masih dalam proses recording. Lagu Cry agak menarik perhatian, dimana salah seorang anggota band ini mengata lagu Cry ditujukan kepada negara Palestin. Lagu lain dari imsorrymom : Lukisan Dunia, Letter of Six. Antara influence imsorrymom termasukla Radiohead, Envy. Khabarnya mereka ingin memasukkan gamelan dalam musik mereka. Kalau anda peminat genre screamo, experimental, mari dengarkan band ini.

Ingin dengar lagu mereka?
Ingin tengok mereka beraksi ?
Carilah mereka :)

Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Mysthicus - Muse Malaysia



Sejak pertama kali tanpa sengaja mendengar bait lirik lagu "engkau bidadari ....." then lupa di satu show kt cyberjaya pertengahan tahun ini, agak tercari-cari juga siapa band yang menyanyi & bermusik seperti band muse ini. Macam-macam nama ditemui, ada yang kata ini band nama mistikus cinta, tapi malangnya pertanyaan kepada seorang kenalan yang terlibat dlm industri mengatakan band ini tiada myspace. hampa rasanya. Kini, setelah berbulan-bulan mencari, seorang teman memperkenalkan sebuah band bernama Mysthicus yang digelar Muse Malaysia. Setelah diajukan kepada seorang kenalan yang berada bersama-sama waktu kami mendengar band ini beraksi dulu, sahla ini la band yang dicari-cari.

Mysthicus agak misteri sebelum ini. Band ini ditubuhkan pada tahun 2007, dianggotai oleh tiga sekawan, Ronny, Mamat & drummer yang tak dikenali. Dipengaruhi musik Muse, Radiohead Opick [sekadar menyebut beberapa nama], mereka berekperimentasi dengan pelbagai genre hingga terlahir demo yang mengandungi 5 buah lagu yang agak mempesonakan setiap yang mendengar musik mereka. Antara lagu yang terkandung dalam demo mereka termasuklah Akulah Bintang, Bidadari, Salahkah Ku, The Lost & The Best. Demo mereka boleh didapati by hand mahupun pos laju.

Seperti yang tertulis di myspace milik mereka "band ini wujud dengan keikhlasan hati dari jiwa-jiwa yang impikan sebuah keajaiban cinta. Mungkin bukanlah sesuatu yang istimewa, namun nada dan liriknya adalah ikhlas dan terbaik yang mampu kami persembahkan."

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan band, sila hubungi:-
Nita - 018 208 0308
Ronny - 012 251 8857


mahu dengar lagu mereka? Click sini Mysthicus


Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Tiang Event @ Red Bungalow



Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

The Voks - brand new band



Kalau anda peminat The Beatles, The Fratellis, Dance to the Radio mahupun irama britpop 80's, disarankan anda mendengar lagu ciptaan band tempatan ini yang diberi nama THE VOKS. Pertama kali diperkenalkan oleh salah seorang kawan, The Voks benar2 mencuri hati untuk terus mendengar lagu nyanyian dorang. Dianggotai oleh 5 anak muda dari Kuala Lumpur & Selangor, mereka berjaya mencipta musik tersendiri yang mampu membuat anda terpana seketika ketika melayan lagu mereka. The Voks ditubuhkan dalam tahun ini, 2008 juga sedang ligat mempromosikan demo mereka yang mengandungi 4 buah lagu - The Rhythm & her [buat saye mahu menari oh] , Egosentrik Sang Politik [agak rebel la] , Serius ke & Terima Saja. Tidak diketahui sama ada mereka pernah beraksi di gig sebelum ini, tapi khabarnya mereka akan beraksi esok di Paul's Place, Klang Lama. Andai kata anda tak berkesempatan esok, pastikan anda free pada 27 Dec 2008 untuk melihat mereka beraksi di Tiang Event @ Red Bungalow.


mahu dengar lagu The Voks? ayuh click link ke myspace mereka = Myspace/TheVoks

mahu mereka beraksi untuk anda atau pertanyaan mengenai demo mereka?
contact ini : fadh - 0132269429 / mimi - 0123481962



Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Minggu ini di "The Wknd" - Bunkface


Jom singgah The Wknd..kali ini mereka interview Bunkface..leyy haiii mai mai mai..
klik cini untuk ke The Wknd


Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Yang Ditunggu - Rock The World 8

Rocktheworld8_std

After the highly successful KAMI free concert in Bukit Jalil in October, the creators of Rock The World decided to bring the event back and it's happening next month.

Here are the details:

When: 12pm, 20 December 08
Where: The Secret Garden, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Tickets: RM25
Available for purchase at the venue and at all Rock Corner, Music Valley, Tower Records, Extreme Outlets

Line-up:

Estranged
One Buck Short
The Times
Pure Vibracions
Bunkface
Republic Of Brickfields
Butterfingers
Koffin Kanser
The Otherside Orchestra
Laila's Lounge
Revenge
They Will Kill Us All
Komplot
OAG
Upon Arrival


source : Junkonline.Net



Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

rantai art event in december



rantai event is back.
pastikan anda ke sana.
kosongkan jadual anda untuk 12 - 14 december 2008


Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

EP Minie bakal dirilis



their EP will be out this December. more info log into MINIE
ayuh tempah la satu utk diri anda segera =]

Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Gig Minggu ini ..




JUMPA DI SANA =]
Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Bintang Batu semakin menempa nama


Pernah dengar Firasat Hati? Puisi Dewi ? Kalau pernah pasti korang kenal dengan band yg bergelar Bintang Batu yg semakin hari semakin mendapat tempat di hati para peminat musik dengan lagu mereka yg menarik hati. Bagi yang tak pernah dengar, ape kata korang cube dengar. Takrugi pon sbb mereka mmg berbakat. Bintang Batu dianggotai oleh Farhunt, Roland, BF, Yeop, Am & Ijam. Ep mereka jugak semakin mendapat sambutan hangat di setiap show yg melibatkan mereka. Ini adalah sedikit info yg diambil dari blog mereka :

Bintang Batu started from just a bunch of buddies. Some of us used to played in other bands before and got experienced performing in night clubs. End of year 2007, we have started to get serious eventough by that time we still have got no permanent drummer. Luckily ambobzeela, our best clique since we 1st started to become bands which is on that time known as 'flabbergast'are willing to session us on recording matter. During April 08', we've succesfully produced our own Ep's titled 'Epik No. 1' which contains 3 songs, Jantung, Firasat Hati & Puisi Dewi. Until today we have sold and gave away for nearly 300 copies to public. May 08 we starts to performs our 1st gigs at Paul's Place. So far, we've performed at Sabah, Melaka, Selangor and Klang Valley Area. And we're hoping to tour lot more places soon.
Mahu mendengar musik mereka? Click la kat sini : BINTANG BATU
Mahu mereka beraksi di gig kamu ? Call la di sini : 016 -3569000 / 0174338325

Ep & Tee mereka masih di pasaran. Sila la berhubung dengan mereka melalui myspace mereka utk sebarang keterangan lanjut.


Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!
 

different paths

college campus lawn

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent

apartment for rent