Retro9

Malaysian Indie Band Resource

Malaysia Indie Band Info

Thanks Korang!

Thanks korang singgah blog R E T R O 9,soo kiteorang galakan korang untuk subscribe sebagai mail reader,supaya korang tak terlepas info-info yang terbaru dari kami.KLIK SINIuntuk subcribe,jgn lupa untuk verify e-mail ok!

RETRO9 CREW

Korang Ade Info?

Korang ade info?nak share ngan Retro9 dan orang lain? hantarkan ke mayoegg@gmail.com ataw buzz kami di Myspace kami

RETRO9 CREW

Gig Untuk Orang Utara Januari ini








Satu lagi usaha SAMPAH SOCIETY dgn kerjasama rakan-rakan utk mereka di utara.

Ayuh bawa bersama kasut menari anda ke Wisma Oh Kongsi 10 JANUARI ini.

click banner utk number telefon yg lebih jelas utk sebarang pertanyaan


Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Interview Dengan The Voks


The Voks .. band yang semakin mendapat tumpuan, kini hampir bernaung di bawah magni. Juga dikenali kerana gig pertama mereka, sang drummer telah memecahkan skin drum di paul's place. Atas bantuan seorang rakan, kami berjaya menemuramah The Voks. Interview berlangsung antara RETRO9, seorang rakan dgn fadh manakala afiq & midi yg menyertai kami dlm minit2 terakhir. Mari ikuti sebahagian dari perbualan ini :)

RETRO9 :cerita la camne boleh tertubuh band ni ? minat ke? ni sume kawan2 ke?

The Voks : kami semua kawan2. satu sekolah menengah dulu. aku, afiq , alep ngan midi satu skolah menengah. time tu jamming je keje kte, lagu beatles lah, lagu the vines lah, lagu the strokes la, pastu kte buat la band.

RETRO9 :kira bile da asek jams sesame byk kali baru korang terfikir nk buat band la ek ?

The Voks : aah. kitorang terpikir gak nak buat lagu so kite baru je aktif ni. sblom ni aku sebok blaja kat kulim, kedah so slow skit progress.

RETRO9 : cemane korang jam sume lepas kau belajar dekat kulim ?

The Voks : time skolah menengah lagi jam, pastu aku bosan buat la lagu mase form 5 lagi

RETRO9 : kira lagu2 the voks ni lagu kau kompose la ni ?

The Voks : yup. 4 lagu tu aku yg buat tp bnyk lagi. ade gak alep yg buat, ade yg afiq buat cume tak rekod lg.

RETRO9 : so, setakat ni, dah bape lagu? campur yg belum rekod?

The Voks : aku ade buat bnyk lagi cume tak praktis satu band lagi, pasni mungkin kite akan rekod lagi 6 kot.

RETRO9 : semua lineup student lg ke ?

The Voks : yup .vokalis kte tu baru join band ni.

RETRO9 : camne plak muncul name the voks tu ke nk ikot trend band gune "the"? mane korang cilok ?

The Voks : the voks? kite bnyk influence dr band yg start dgn "the". Voks tu, kite ske band2 sweden so kite men petik je name voks tu, bunyi ala ala swedish.

RETRO9 : voks tu ada maksud ke? ke main petik2 je?


The Voks : takde maksud. main petik je. name tu bkn aku yg buat tp alep.

RETRO9 : skang da ada demo ke ? or maen gig jek ?

The Voks : demo dah direkodkan tp belum sedia utk dijual lagi. kitorang main gig 27 aribulan ni kat red bungalow kat blakang pelita klcc tu. kite nak try gak jual demo kte time tu. harga tak tau lagi ah.

RETRO9 : main influence korang? maybe bley sebut 3-4 nama?

The Voks :influence kte:- albert hammond jr, the beatles, the who, the strokes, bnyk lg. band2 garage spt the remains, the sevens.

RETRO9 : oke, ape yg korang cari sbnarnye dgn buat band ? glamour, korang kejar x? duet ?

Fadh The Voks :kalau aku lah, aku minat muzik. aku ske write songs. tak kesah la ape org nak kate bkn nak cari populariti.

Midi The Voks : aku nak dueeett and lagi satu bende tu hobi. kan best dapat duit ngan buat bende yg kite suke. duet sampingan tu.

RETRO9 : band korang lebih prefer lagu malay or english?

Fadh The Voks : aku tak kesah, buat lagu ni spontan kalau start ngan bahse inggeris habiskan dgn bahse inggeris ar

Midi The Voks : aku ingat nak english la tapi aku org melayu la pulak

RETRO9 : cube citer sket perkakas2 yg digunakan? effect2? atau software yg korang gune dlm buat lagu ?

Midi The Voks : contoh software, kitorangnye cokianye, audiocity. tp kite rekod bkn ade pki audiocity pon, cuma sebelum rekod kan kite test pakai audiocity.

Fadh The Voks : aku pki tubescreamer ngan big muff.

RETRO9 : soalan bebas, ape pendapat kau tentang download mendownload lagu dr internet? ape keburukan mendownload dan ape kebaikan mendownload?

Midi The Voks :sebenarnye bende ni x baik kot keburukan die penat la die record nak jual pastu org amek free tapi ngan download la diorang leh tesebar luas doh

Fadh The Voks : yeah pastu pass kat member2.

RETRO9 : ape perancangan korang utk band ni ?

Fadh The Voks : plan pasni? plan kite cari gig bnyk2.rekod lagi beberape lagu.

Midi The Voks : plan, buat lagi duet.

RETRO9 : oke, soalan penutup. ape ucapan the voks kepada peminat2 the voks atau follower indepedent scene?

THE VOKS :teruskan menyokong indipendent scene & majukan pemuzik tempatan. hehe

myspace the voks : THE VOKS

Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

laila's lounge - REST IN PEACE

Berita yg agak mengejutkan ketika ini. Band yg hangat dgn lagu mawar khayalan kite tibe2 sudah dibubarkan. Ini petikan dari myspace mereka

Kami Lailas Lounge memohon maaf yang tidak terhingga kerana tidak dapat meneruskan perjuangan Laila,.. Lailas hanya mampu bertahan sehingga 14 Disember 2008,.. Last show di CT Plaza itu ari (Xgig) kerana hadi(vox) menarik diri kerana ingin menuntut ilmu.. kalau korang rasa sayang n terkilan.. apa lagi kita orang (toya,icham,bai n anaz) susah senang jatuh bangun gelak tawa sedih hiba kami bersama... tapi apa2 pun kami hormati keputusan hadi walau pun sedih pahit perit kami tetap harungi dengan hati yang tabah,.. tapi kami ber4 tetap akan terus berkarya n bermusic,.. mungkin tak sehebat laila(tahap yang kami dapat capai kini) tapi kami cuba untuk menghasilkan melodi yang lebih baik dari sebelum ini.. Terima kasih kepada semua organizer kawan sahabat teman dan kekasih yang sentiasa menyokong kami dari belakang,.. kami amat terhutang budi dan menghargai segala apa yang korang lakukan,..

Maaf yang tidak terhingga dari kami,..
*toya, anaz, icham, bai*
salam
n
cheeers from JB.


LL is RIP! (1998 - 2008)

no more laila's lounge. ape pon all the best for them :)

Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

imsorrymom - experimental dari klang



Diberi nama imsorrymom yang muncul secara spontan, sekumpulan anak muda dari Klang ini membawa genre experimental yang boleh dikatakan ada gaye screamo dalam musik mereka. Baru ditubuhkan dalam tahun ini, 4 buah lagu masih dalam proses recording. Lagu Cry agak menarik perhatian, dimana salah seorang anggota band ini mengata lagu Cry ditujukan kepada negara Palestin. Lagu lain dari imsorrymom : Lukisan Dunia, Letter of Six. Antara influence imsorrymom termasukla Radiohead, Envy. Khabarnya mereka ingin memasukkan gamelan dalam musik mereka. Kalau anda peminat genre screamo, experimental, mari dengarkan band ini.

Ingin dengar lagu mereka?
Ingin tengok mereka beraksi ?
Carilah mereka :)

Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Mysthicus - Muse Malaysia



Sejak pertama kali tanpa sengaja mendengar bait lirik lagu "engkau bidadari ....." then lupa di satu show kt cyberjaya pertengahan tahun ini, agak tercari-cari juga siapa band yang menyanyi & bermusik seperti band muse ini. Macam-macam nama ditemui, ada yang kata ini band nama mistikus cinta, tapi malangnya pertanyaan kepada seorang kenalan yang terlibat dlm industri mengatakan band ini tiada myspace. hampa rasanya. Kini, setelah berbulan-bulan mencari, seorang teman memperkenalkan sebuah band bernama Mysthicus yang digelar Muse Malaysia. Setelah diajukan kepada seorang kenalan yang berada bersama-sama waktu kami mendengar band ini beraksi dulu, sahla ini la band yang dicari-cari.

Mysthicus agak misteri sebelum ini. Band ini ditubuhkan pada tahun 2007, dianggotai oleh tiga sekawan, Ronny, Mamat & drummer yang tak dikenali. Dipengaruhi musik Muse, Radiohead Opick [sekadar menyebut beberapa nama], mereka berekperimentasi dengan pelbagai genre hingga terlahir demo yang mengandungi 5 buah lagu yang agak mempesonakan setiap yang mendengar musik mereka. Antara lagu yang terkandung dalam demo mereka termasuklah Akulah Bintang, Bidadari, Salahkah Ku, The Lost & The Best. Demo mereka boleh didapati by hand mahupun pos laju.

Seperti yang tertulis di myspace milik mereka "band ini wujud dengan keikhlasan hati dari jiwa-jiwa yang impikan sebuah keajaiban cinta. Mungkin bukanlah sesuatu yang istimewa, namun nada dan liriknya adalah ikhlas dan terbaik yang mampu kami persembahkan."

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan band, sila hubungi:-
Nita - 018 208 0308
Ronny - 012 251 8857


mahu dengar lagu mereka? Click sini Mysthicus


Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Tiang Event @ Red Bungalow



Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

The Voks - brand new band



Kalau anda peminat The Beatles, The Fratellis, Dance to the Radio mahupun irama britpop 80's, disarankan anda mendengar lagu ciptaan band tempatan ini yang diberi nama THE VOKS. Pertama kali diperkenalkan oleh salah seorang kawan, The Voks benar2 mencuri hati untuk terus mendengar lagu nyanyian dorang. Dianggotai oleh 5 anak muda dari Kuala Lumpur & Selangor, mereka berjaya mencipta musik tersendiri yang mampu membuat anda terpana seketika ketika melayan lagu mereka. The Voks ditubuhkan dalam tahun ini, 2008 juga sedang ligat mempromosikan demo mereka yang mengandungi 4 buah lagu - The Rhythm & her [buat saye mahu menari oh] , Egosentrik Sang Politik [agak rebel la] , Serius ke & Terima Saja. Tidak diketahui sama ada mereka pernah beraksi di gig sebelum ini, tapi khabarnya mereka akan beraksi esok di Paul's Place, Klang Lama. Andai kata anda tak berkesempatan esok, pastikan anda free pada 27 Dec 2008 untuk melihat mereka beraksi di Tiang Event @ Red Bungalow.


mahu dengar lagu The Voks? ayuh click link ke myspace mereka = Myspace/TheVoks

mahu mereka beraksi untuk anda atau pertanyaan mengenai demo mereka?
contact ini : fadh - 0132269429 / mimi - 0123481962



Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!
 

different paths

college campus lawn

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent

apartment for rent