Retro9

Malaysian Indie Band Resource

Malaysia Indie Band Info

Thanks Korang!

Thanks korang singgah blog R E T R O 9,soo kiteorang galakan korang untuk subscribe sebagai mail reader,supaya korang tak terlepas info-info yang terbaru dari kami.KLIK SINIuntuk subcribe,jgn lupa untuk verify e-mail ok!

RETRO9 CREW

Korang Ade Info?

Korang ade info?nak share ngan Retro9 dan orang lain? hantarkan ke mayoegg@gmail.com ataw buzz kami di Myspace kami

RETRO9 CREW

HUJAN bukanya benci media

Hujan Hujan dan Hujan..seringkali kita dapat lihat mesti ada yang memperkatakan tentang band Hujan,mereka dicemoh,dikritik dengan hebat dicop dengan pelbagai "title"

Kali nie kami qoute dari Harian Metro tentang isu Hujan tak benci Media


Atas alasan apa mereka mengenepikan media, adakah kerana sudah berasa hebat? Ikuti temubual wartawan NORHADIANI BAHAROM bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh.


SOALAN (S): Timbul pelbagai dakwaan kononnya Hujan tidak mesra media, apa komen Noh?

JAWAPAN (J): Kami bukan tidak mesra media cuma kami belum bersedia dan belum dapat membiasakan diri dengan suasana baru ini.Sebagai kumpulan indie, segalanya diuruskan sendiri dan kami tidak punya pihak pengurusan atau orang tengah yang akan berurusan dengan media. Mungkin ini menyulitkan lagi keadaan dan menyebabkan salah faham. Pun begitu, ada segelintir wartawan yang kami kenal dan sering membantu kami.

S: Kurang jelas dengan maksud anda tidak bersedia?

J: Kami menyertai arena seni kerana kami minat bermain muzik dan ingin memperdengarkan muzik kepada orang ramai. Kami tidak pernah terfikir perlu mempersiapkan mental dan fizikal untuk menghadapi media memandangkan kami bermula sebagai pemuzik 'underground'.

Kalau boleh kami memang tidak mahu terlalu 'expose' di akhbar atau majalah kerana lebih senang menghiburkan peminat dengan muzik kami bukan cerita sensasi.

S: Dari kenyataan anda, Hujan seolah-olah mempertikaikan peranan media?

J: Dulu saya tidak nafikan kami agak berkeras tetapi sekarang kami sedang belajar dan berusaha memahami tugas wartawan. Namun, dalam masa sama kami juga mengharapkan media menghormati prinsip kami.

S: Dalam bidang 'showbiz' artis memerlukan media untuk menaikkan nama mereka tetapi mengapa Hujan menolak?

( photo: thestar.com )
J: Hujan tidak menolak sekiranya mereka (Wartawan) mahukan infomasi mengenai muzik kami. Tetapi kebanyakan mereka yang datang kerap bertanyakan soalan berbaur peribadi dan gosip dan kami terus-terang menolak pertanyaan sedemikian.

Baru-baru ini misalnya, dalam sebuah akhbar utama Hujan dituduh 'bodoh sombong' walhal penulis itu tidak tahu cerita sebenar. Berlaku salah faham.

Sebelum berlangsung konsert akhir Akademi Fantasia 6 (AF6) saya dihubungi seseorang. Tanpa memberi salam dan tidak memperkenalkan diri, dia terus bertanya sama ada Hujan sibuk atau tidak pada hari Sabtu (24 Mei)?

Jadi, saya sangkakan dia mungkin penganjur pentas disebabkan itulah saya bertanyakan soal bayaran. Peliknya, dia kata tiada bayaran dan dia mahu saya seorang saja terbabit tanpa anggota lain.

Terus-terang, saya tidak pernah dan tidak akan membuat persembahan sendirian. Selepas seketika berbual barulah saya tahu rupanya wanita itu dari Astro.

Dia menghubungi saya kerana pihak produksi program itu mahu saya membuat kejutan di konsert akhir AF6 kerana salah seorang peserta akan menyanyikan lagu Hujan, Ku Mahu Kau Tahu.

Sepanjang perbualan kami, rasanya saya tidak bercakap pasal royalti. Justeru dalam hal ini saya merasakan tuduhan terhadap Hujan itu agak melampau.

S: Anda yakin dengan hanya sokongan peminat, Hujan mampu bertahan?

J: Publisiti media tetap kami perlukan tetapi bukan publisiti murahan seperti gosip atau kontroversi. Kami mahu berkongsi dengan pembaca mengenai sesuatu yang membina.



S: Bagaimana anda melihat kerjaya Hujan sekarang ini?

J: Alhamdulillah, penerimaan peminat terhadap muzik kami sangat baik dan boleh dikatakan jadual Hujan dipenuhi dengan pelbagai undangan persembahan setiap minggu.

Pada 25 Mac hingga 9 April lalu, Hujan berkesempatan menjayakan konsert di United Kingdom sempena Hujan To UK Foundation anjuran peminat dan pelajar Malaysia di sana. Manchester, Liverpool dan Sheffield antara lokasi persembahan kami.

Bertitik-tolak dari persembahan itu Hujan, mengharapkan lebih banyak peluang diperolehi beraksi di luar negara selepas ini.

S: Kebangkitan kumpulan indie bagai memberi sinar baru kepada industri muzik tempatan. Bagaimana Hujan melihat tanggungjawab dan peranan ini?

J: Memang satu tanggungjawab besar apabila peminat meletakkan kepercayaan tinggi sama ada kepada Hujan mahupun kumpulan indie lain.

Apa yang boleh kami lakukan sebagai menghargai sokongan semua dengan menghasilkan produk yang bagus dari masa ke semasa. Muzik yang menghiburkan orang, itu paling penting.

Selebihnya kita mengharapkan sokongan dari penggiat seni membantu kita untuk menembusi pasaran lebih besar.

S: Apa perancangan baru dalam masa terdekat ini?

J: Sekarang kami sibuk menyiapkan proses mixing album pertama. InsyaAllah ia akan berada di pasaran sekitar Jun. Selain muzik diperkemaskan, kami juga cuba menonjolkan kepelbagaian muzik dalam album pertama.

Beberapa lagu dari album EP terdahulu, seperti Pagi Yang Gelap dan Bila Aku Sudah Tiada turut dimuatkan sebagai penghargaan buat peminat.

Terdapat beberapa lagu baru diharapkan mampu mengulangi kejayaan single terdahulu antaranya Aku Skandal dan Ku Mahu Kau Tahu. Apa yang boleh saya katakan pembikinan album ini lebih serius dan mantap.

S: Barangkali Hujan mempunyai perancangan menembusi pasaran luar?

J: Tentu sekali. Namun sebelum melangkah lebih jauh biarlah nama Hujan kukuh di tanah air sendiri terlebih dulu kemudian barulah kami bersedia mengembangkan sayap ke peringkat lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, memang ada impian memasarkan album di luar terutamanya di Indonesia. Malah ada pihak sudi membantu dan mereka ini kami kenali sewaktu menjayakan pembukaan konsert Peter Pan di Stadium Negara tidak lama dulu.

Kalau nak diikutkan, lagu kami pernah dimainkan salah sebuah stesen indie di Bandung, Indonesia. Namun,liputan diberikan tidak berterusan.

S: Kecewa dengan keadaan ini sedangkan stesen radio tempatan memberi publisiti meluas kepada mereka?

J: Ada sedikit. Tapi saya tidak nafikan muzik kumpulan Indonesia banyak yang bagus tetapi orang Malaysia patut ada semangat nasionalisme seperti mereka, bukannya menindas bangsa sendiri. Pun begitu, ia tidak melemahkan semangat kami untuk mencuba kali kedua.

S: Esok bersamaan 29 Mei, genaplah pemergian Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P Ramlee yang ke-35. Sebagai generasi baru siapa beliau di mata anda?

J: Beliau Seniman Agung yang tiada tolok bandingnya. Bagi saya, P Ramlee adalah idola kepada semua pemuzik di Malaysia.

Beliau pelopor dunia hiburan. Karya beliau sama ada filem mahupun muzik tidak mungkin ada gantinya. Jika diteliti setiap lagu Allahyarham bagai ada 'magis' dan untuk zaman beliau penghasilan muzik sedemikian cukup 'advanced'.

S: Mungkin ada perancangan merakamkan lagu beliau?

J: InsyaAllah, kalau diberi peluang kami cukup berbesar hati. Cuma saya merasakan karya P Ramlee tak perlu diberi nafas baru kerana kehebatannya tidak boleh ditandingi sesiapapun.

See Other Reviews About Hujan:
Hujan di fuck
Hujan dicop bodoh sombong
Hujan: itu semua salah paham

Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Hot Stage from Vain Musix

VAIN MUSIX HOT STAGE
Salam..sorry geng coz lambat updated lagik connection wat hal la...kali nie kiteorang nak cerita sikit pasal Hot Stage yang diorganize oleh Vain Musix.Name gignye pon memang dah leh rasa kehangatanya.Walaupun dijadualkan bermula pukol 1ptg itu tak menjadi masaalah bagi kaki gig nak tunggu kat depan pintu.Berasak-rasak nak beli tiket haa.Mengikut mata yang melihat nie ramai gak budak-budak skolah yang dtg support yerla cuti skolah la katakan tak dilupakan jugak tok abg-abg botak( heheheh)

Kalo nak ikot band list set pada awalnye hanya Julie Goes Overseas yang opening act. Sound system agak menghampakan pada awalnye.Julie Goes Overseas bermain dengan penuh semangat menghiburkan gigers yang datang.Diikuti dengan band yang berinfluence dari Artics Monkeys iaitu The Bourjuis,mereka juga ada memainkan lagu cover dari Artics Monkeys Brainstrom ngan lagi 1 ape ye tak ingat la ( ingat nak berjogettt jek tu arr) .




Lepas The Bourjouis perform lupa la sape perform kite cite secara rawak jek la..Crowd yang dtg memang padat sampai nak bersoping kat blakang pon tak buleh,mmg padat.Jgn kate nak soping nak gi keluar pon susah.Band Couple ada juga memainkan lagu baru,time diorang perform mmg tak ingat la crowd.Tak lupe Oh Chentaku dengan performance yang bersemangat.

One Buck Short juga tak menghampakan dengan mendendangkan lagu hit lama mereka that days.Kid n Xera jugak tak ketinggalan memeberikan persembahan terbaik mereka.Y2K juga antara band-band yang mendapat perhatian ramai dengan lagu cover mereka Umbrella yang dipopularkan oleh Rihanna.Meet Uncle Hussain juga mainkan lagu baru Susu Dalam Botol.



Disebabkan kepenatan melampau untuk berjoget kitoerang terlepas beberapa band antaranya OAG,The Otherside Orchestra.Rasanya waktu time cuti sekolah macam nie organizer harus pilih venue yang lebih besar memandangkan ramai supporter dari kalangan budak-budak sekolah.

To Vain Musix harap korang dapat organize lagik gig mcam nie.Thx to all yang dtg yang tegur-tegur kiteorang coz ramai crew-crew retro9 yang turun..yang nak gi esok pon sempat lagik berdansa!Kalo nak tgk pic-pic arietuh korang leh ke myspace retro9 ok.

Writer : Mayo Photo by : Jeju & Mayo
Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

HUJAN : Cume Salah Paham!

Kalo ade orang baru nak naik mesti ade yang dengki!knape jadi cam nie?

Baru tadi kami letak artikel pasal Hujan dicop sombong bodoh,nie kami dapat berita terbaru menyatkan ianya cuma salah paham.Ade individu yang cube nak rosakkan imej Hujan dengan memberitahu pihak media berkenaan dengan statement yang dikeluarkan.Hujan tak salah dalam hal nie.Cume ade orang nak boikot Hujan.

Sebenarnya benda tu miscommunication yang baru nak ungkit


Harap2 lepas nie takde la isu-isu yang nak menjatuhkan satu sama lain,Harap pihak media juga tidak memandang serong tentang local scene. Jom bace info nie!

Sumber: Mstar
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

LEPAS satu, satu lagi hal yang menimpa kumpulan muzik indie Hujan. Baru-baru ini, band yang dianggotai oleh Noh, Am, Dukegong dan AG (Coco) ini diberi gelaran band 'bodoh sombong'.

Isu tersebut timbul setelah mereka dikatakan meminta royalti daripada pihak Astro apabila mereka diminta membuat persembahan pada malam Konsert Akhir Akademi Fantasia musim keenam (AF6) Sabtu lalu.

Berikut adalah luahan hati vokalis Hujan iaitu Muhammad Noh Salleh tentang insiden tersebut. Katanya, hal tersebut timbul kerana masalah salah faham semasa Noh dihubungi seorang lelaki yang tidak memperkenalkan diri mewakili pihak Astro.

"Sebenarnya benda tu miscommunication yang baru nak ungkit.

"Saya tak tahu siapa yang telefon waktu tu. Dengar macam suara budak (orang muda). Tanpa memperkenalkan diri, dia terus tanya samada kami free atau tak pada Sabtu lepas.

Saya ingatkan dia nak panggil kami buat show atau gig, jadi saya terus jawab berapa ribu lu orang nak bayar gua? Itupun dia cakap nak kami perform satu lagu sahaja iaitu Bila Aku Sudah Tiada.

"Dia tak cakap betul-betul dan dengan cara yang betul. Kalau saya tahu pihak Astro nak jemput kami perform pada malam tu, saya takkan minta bayaran.

"Kami mendaftar bawah Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) dan kami tiada hak untuk tanya tentang bayaran.

"Kalau mereka kata kami demand, itu perlu sebab kami kena jaga hak kami supaya tidak diperbodohkan oleh orang lain.

"Kami tak kisah kerana rezeki ada di mana-mana. Kalau Allah nak bagi, Insya Allah ada lah," kata Noh ketika dihubungi mStar Online.

Sebelum ini, Toi pernah menyanyikan lagu hits mereka iaitu Pagi Yang Gelap ketika konsert mingguan AF6.

"Dulu masa mereka guna lagu kami, mereka tak minta izin dengan kami pun. Tetapi kami tak pernah besar-besarkan hal itu sehingga berjumpa dengan media.

"Kami rasa terkilan apabila dituduh yang bukan-bukan lebih-lebih lagi dikatakan tidak tahu apa-apa tentang MACP.

"Kami tak kisah dengan apa yang orang nak cakap kerana kami tak boleh buruk sangka dengan orang lain," ulas Noh yang sedang sibuk untuk menerbitkan album pertama Hujan.

Sejak kemunculan mereka dalam industri bermula awal tahun 2006 lalu, mereka telah melahirkan dua EP dalam bentuk cakera padat (CD) iaitu 1,2,3, Go! dan Check Check Rock Rock yang dijual ketika mereka melakukan gig atau show.

Kini sudah tiba masanya Hujan menerbitkan album sebagai tanda menghargai peminat yang menyokong Hujan selama ini dan ia dijangka keluar bermula bulan Jun depan.

Biarpun dilanda pelbagai tohmahan, mereka juga masih ditawarkan untuk melakukan persembahan.

Tambah Noh tentang insiden itu lagi, "Jika Astro nak jemput kami untuk membuat persembahan, mereka patut bertanya dan berbincang dengan pengurus kami. Barulah nampak profesional, walhal mereka merupakan syarikat yang besar...".

Penulis : Mayo
Photo : Jeju
Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Hujan Di 'Cop' Bodoh Sombong?

Kalau dulu mereka menaikan nama Indie Scene ke atas bagaimana pula kali ini?Adakah Hujan telah memberi kesan ke atas band-band lain?bagaimana pula dengan penerimaan Raingers?




Kumpulan HUJAN bodoh sombong?betol ke?nie ape yang kami dapat info dari Berita Harian dan kawan-kawan dari ms.Macam mane leh jadi macam nie?Macam-macam kedengaran kata-kata seperti Hujan berlagak,bajek best,demand tinggi,tak sedar diri? itu yang ape aku dengar dari kawan2 kat luar sane.

Kali ni timbul pula kenyataan menyatakan ?Hujan bodoh sombong!Aku tak nak ckp ape-ape kos aku tidak memihak di mane-mane belah pihak.Korang bace,korang pikir,korang tentukan.Yang x baik itu semuanya dtg dari kita yang baik itu semuanya dari ALLAH.

Soo nie aku ade qoute dari Berita Harian.

Minta royalti daripada Astro kerana Toi menyanyikan lagu mereka untuk konsert AF

KETIKA Zubir sedang melepak di sebuah kedai mamak sekitar Shah Alam minggu lalu, sumber Zubir yang juga orang dalaman produksi Astro, menghubungi Zubir, terus melepaskan kemarahannya apabila dia mendakwa kumpulan indie, Hujan kini dah makin besar kepala, sombong tak tentu pasal!

Zubir dimaklumkan sumber berkenaan, pihaknya ada menghubungi Hujan meminta kumpulan indie itu membuat persembahan pada malam kemuncak Konsert Akhir Akademi Fantasia 6 (AF6) apabila finalisnya, Toi (Khairul Nizam Baharom) diminta mendendangkan lagu kumpulan berkenaan, Ku Mahu Kau Tahu ketika membuat persembahannya nanti. Hujan akan muncul membuat ‘kezutan’ ketika Toi menyanyi.

“Kau tahu tak Zubir apa dia orang (Hujan) cakap, ‘Berapa ribu lu orang (Astro) nak bayar gua (Hujan)?’.

Tengoklah, dia orang ni dah tak sedar diri, bodoh sombong. Baru ada nama sikit, baru kenal apa itu popular, dah berlagak gaya superstar!

Hello, awak tu baru indie group, belum popular macam Search, Wings atau Scorpions!,” dakwa sumber berkenaan.

Sebelum ini Toi menerusi konsert mingguan AF6 pernah mendendangkan lagu hujan, Pagi Yang Gelap.

“Dulu pun you all (Astro) guna lagu kita orang (Hujan) tak minta izin pun. You all kena bayar kita orang royalti,” begitulah lebih kurang katakata Hujan kepada wakil Astro yang menghubungi mereka.

Bagi Zubir, sekiranya benarlah dakwaan sumber dalaman berkenaan terhadap Hujan, ini sudah keterlaluan! Siapa mereka nak bercakap begitu? Pendapat Zubir secara peribadi, kumpulan hujan ini tak sempat belajar undang-undang muzik. Itulah, orang nak buat band, masuk mainstream, mereka pula ikut jalan belakang, join band indie, underground, sebab itu tak tahu apa yang mereka cakap mengenai perjalanan dunia hiburan di Malaysia ini.

Tahukah mereka, semua penyanyi dan kumpulan muzik seluruh dunia seperti Michael Jackson, Mariah Carey, Celine Dion, Maroon 5, My Chemical Romance (MCR) dan ramai lagi termasuklah Hujan, royalti akan dipungut secara automatik oleh Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP)!

Jika sesebuah lagu itu hendak diulang rakamannya, baru ia memerlukan keizinan. Namun, sekiranya lagu popular berkenaan sekadar dipersembahkan kepada khalayak ramai, ia tidak memerlukan keizinan daripada penyanyi asal lagu itu. Cukup sekiranya MACP sedia maklum mengenai perkara berkenaan.

Justeru, Zubir tak faham kenapa Hujan begitu berani meminta royalti daripada Astro? Jika kumpulan mereka tidak bernaung di bawah payung MACP, bagaimana lagu popular mereka boleh sewenangwenangnya berkumandang di corong stesen radio terkenal? Adakah Hujan menggunakan 'pintu belakang'? Setahu Zubir, setiap lagu yang bakal disiarkan, perlu menjalani proses tapisan dan tersenarai di dalam MACP.

Nasihat Zubir kepada kumpulan Hujan, jangan jadi talentet without brain! Menurut sumber yang sama, apabila kumpulan Hujan memberikan kenyataan begitu, pihak Astro terus menggugurkan lagu Ku Mahu Kau Tahu dan menggantikannya dengan lagu dendangan Mawi, Cinta Zulaikha. Justeru, semalam ketika Konsert Akhir AF6, Toi mempersembahkan lagu berkenaan.

Kepada mana-mana artis yang baru nak belajar popular dan terkenal itu, janganlah jadi seperti Hujan, nanti buat orang benci saja! Pun begitu, sekiranya Hujan berkecil hati dengan kritikan ini, Zubir minta maaf OK! Anda perlu ingat, kumpulan Hujan berbakat besar, jangan mensia-siakan bakat anda dengan masalah perangai!

ARTIKEL BALAS : Itu Semua Hanya Salah Paham

Writer : Mayo
Photo by : Jeju
Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Interviews Bersama Bottlecapt


Bottlecapt nie gurlz power band ok.Dowang nie semua gurlz yang sempoi,dan minat dalam bermain muzik, jom ushar interviews dengan diorang!

R9 = Retro9 BC = Bottlecapt

R9 : Leh crite sikit cam mane terbentuknye Bottlecapt?
BC : Ewin, Adeq dulu satu klas time skola menengah. Kitorang nak wat band. so afta skola kitorang Ewin blaja men gita Adeq blaja meain drum. time tu Joanne, bassist lame kitorang blaja skali. so kiotrang wat la band 3 piece je. main sampai lebam da setahun pektis Shiro masuk band jad 2nd gtr and Sofea pon classmate skola jugak. die pon join jadi vocal. Da lame2 2 kitorang men battle n show. Joanne nak kluar nak focus blaja so ktrg gantikan die ngan Pqot. skang Sofea plak nak kuar nak focus blaja. so skang tgh carik vocal hehehe



R9 : Knape pilih name Bottlecapt? ramai yang nak taw nie!!
BC : Mase skola dulu Ewin n Adeq diskus nak namekan band nih ape. time tuh bdk2 skola kitorang gile main penutup botol. So kitorang tye la ketue klass, mende ni dalam english pebende ek.. pas2 die pon jawab bottle cap. So kitorang cam name ni ok gak an. Kitorang pon carik la maksud die. meaning die. kalu ade air dalam botol kalu tak tutup kemungkinan air tu tumpah. air dalam botol melambangkan kitorang nih and tutup die bermaksud sisterhood and friendship. so botol kene ade penutup die. tu pasal la name band bottlecapt. yang t kat ujung tu saje je tambah suke2 hehehehe. ok soalan seterusnye... (suke suke jek..hehehhe)


R9 : Cam mane leh tercetus nak wat girls power dalam band nie?
BC : Sume tejadi kat skola menengah Ewin ngan Adeq rase cam best je sbb tak ramai lagi girl band dlm industri (betol terutama band yang line upnye semua gulrz)


R9 : Bottlecapt dah ade brape EP/Demo?
BC : Dulu ade kuarkan first ep limited edition tapi skang nak rec balik tu yang lembab semacam je


R9 : Mane gi vox lame??soo sekarang dah dapt vox baru lom?
BC : Vox lame nak con blaja. die ade je kat uia tuh.. tak gi mane pon... so pade sape2 nak join bottlecapt nak jadi vocalist msg la dlm myspace. www. myspace. com/bottlecapt seblom ktrg dpt vox baru. lame jugak la nak carik.


R9 : Apa yang Bottlecapt inginkan dalam music yang u all bawak?
BC : kitorang nak kan variation n rockness dalam music tuh. kitorang harap sangat yang bottlecapt akn pergi lebih jauh! hoyehhh!!


R9 : Soklan cepu mastika..sapa kuat membebel dalam Bottlecapt?heheh
BC : Sume kuat membebel. memekak je kalu dlm kete menjerit2. sume ske menyemak ( cam nie tak yah pasang radio la ek??hehehe)



R9 : Sape kaki soping?
BC : Semue pon kaki shopping,paling ketare Adeq. lagi 30 min nak gig die ade kat sg wang carik baju.


R9 : Berbalik kepada music tadi..cam mane penerimaan crowd terhadap korang?
BC : wat mase ni ok la. kitorang pon tak tau kitorang ade crowd ke tidak sbb EP lambat lagi kluar so byk band2 yang da naik so nak wat camne an.. blasah je la.


R9 : Last word tok mereka yang baru nak kenal Bottlecapt?
BC : Bottlecapt best! hahahahah

Klik banner kat bawah nie tok ke page ms Botllecapt dan dengarkan lagu mereka disana ok!!Jgn lupa untuk subcribe ok!

Bill Kaulitz

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Berita Terbaru Supernova

Nie updated nye ok cume tempat saje yang ditukar ke One Cafe Jalan Silang.Kalo tak taw kat mane korang leh gi ke myspace Street Signal tok ushar map ok


Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

KLUE Urbanscapes 2008

Jom vote band local kita di KLUE Urbandscapes 2008.

Your Favourite Band To Play At Urbanscapes?
There’s a ton of great music artists out there in the scene, so we want your input on who you’d like to catch at Urbanscapes. To give us your feedback, here’s a list of acts - just choose the ones you wanna see onstage on our special "Voter's Choice"



SUBCRIBE


Photobucket

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Retro9??

Seringkali ditanye kenapa Retro9?Alang-alang nie jawab terus la ok? Answer by Mayo Niat asalnye memang nak wat blog pasal music nie la,but time nak letak name blog tuh cam cam name dah letak tapi tak leh gak coz orang lain dah ambik.

Lastly terpikir plak perkataan retro yang sering disebut semasa time-time mlepak ngan geng-geng lain.Soo tercetus la idea nak letak retro9.

Hujung perkataan Retro tuh sengaja diletakan 9 bagi menyedapkan lagik bunyi retro tuh dan knape pilih sembilan?Sebab 9 nie no last yang single,kalo no 10 dah berkapel,kalo 10000 dah terlebih kapel dah heheheh.. so nie la disebalik cerita nama retro9 ok..Dan dikesempatan nie thanx kat korang yang slalu lawat blog kiteorang nie yang x seberapa dan kiteorang dalam proses mencari template yang sesuai,dan thx jugak kat band-band yang kami interviews coz depa semua nie sempoi dan tak sombong.

Soo nie lah antara cara kami nak support local band,harap korang pon support kami jugak.Kiteorang gak nak memohon maap la lambat updated 2 orang crew kami sedang bercuti ssh nak online dan 2 orang lagik sebok na exam.Soo lepas exam nie kami akan updated sepadat yang mungkin untuk korang hayati.Tunggu template baru kami,reviews baru simple dan padat dengan informasi yang dikehendaki.Lepas nie kiteorang nak letak gak label-label clothing yang sekarang semakin maju dan berkembang pesat nie coz dowang pon perlukan support kita ye tak?.. Ok sekian Thanx korang dan jgn lupa subcribe! Terus Retro!!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Supernova Gigs di Postpone

BERITA DI UPDATED SILA KLIK SINI YA!
Firslty kiteorang mintak maap la coz lambat updated ,sbb ade prob sikit ngan pc dan connetion .Soo nie kami bawakan berita terbaru Supernova Festival 2008 di postpone pada tarikh yang akan ditetapkan.Skali lagik maap yee heheheh!!



Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Hot Gigs!!

Klik pada images tok besarkan ok dan jgn lupa untuk subscribe





jgn lupa untuk subscribe

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Jus Apple Yang Lazat

Kali nie Jus Apple menghiasi ruang legar page Retro9 dah lame tak updated al maklum la musim exam nie semua crew-crew dok sibok ngan exam

Apple Juice mula ditubuhkan pada tahun 2005 dimana asalnya line up depa nie semua dari 1 skolah dan umor sebaya.Tatkala tuh Fizi mencari geng-geng tok jamming sesama ale-ale timbul sebijik apple di fikiran nak pergi jauh dengan bakat dari kurniaan tuhan "dan ingin untuk ada material sendiri,dengan niat yang begitu tinggi,aku(fizi) mencari orang untuk cukupkan line up,dan semuanya terjumpa kat sekolah yang sama gak pada waktu tu,lepas je line up dah cukup dan jamming beberapa kali,beberapa bulan lepas tu.

Apel juz mula utk membuat record beberapa single iaitu lagu "Last song" dan "Tentang kita" versi awal,lepas je record tu,pada tahun 2006,beberapa ahli apel juz takdapat nak beri komitmen,jadi terpaksala digantikan dengan ahli yang baru,yang tinggal pada waktu tu ialah aku(fizi) dan ismalina,antara voklis yang pertama,dan kemudian digantikan pulak dengan azim(drummer), adli(gitaris),epul(bassist), dengan line up yang baru,apel juz terus sambung utk menyiapkan first EP yg diberikan self titled utk nama EP tuh,pada hujung tahun 2006,ismalina takdapat komit utk band apel juz,selama 3 bulan apel juz takde voklis,kemudian pada pertengahan tahun 2007,tuhan maha pemurah telah temukan voklis baru pada apel juz iaitu lynzz(name glamour)bihihih....dengan voklis yang baru dan sound yang baru,apel juz teruskan niat juga utk mmbuat material yang baru,maka terciptalah 2nd EP yang bertajuk "Contradiction",pada hujung tahun 2007,Epul(bassist) ingin tumpukan pada kerja dia sepenuh masa,jadi takdapat teruskan dengan apel juz,beberapa minggu lepas tu,posisi utk bermain bass telah digantikan oleh adib yang mempunyai band sendiri juga iaitu band "The Fridays",daripada awal tahun 2008 sehingga kini,inilah line up apple juice yang anda tahu skang nih"

Nama Apple Juice nie diinspirasi semasa depa nie melepak dengan keadaan cuaca yang panas terik "laparnya sangat,fikir benda2 yang tak patut seperti nak makan nak minum semua,tiba2 nama apel juz tu terlintas kat kepala aku(fizi) sebab time tu tengah haus gila,nama apel juz tu plak,disebut byk kali,kemudian para sahabat pada aku(fizi) berikan cadangan untuk pkai nama apel juz tu utk band,dengan tak fikir ape,terus guna nama tu utk pkai nama band,(pelik tapi benar)" hahahah pelik tapi benar dah macam crite misteri la plak hik3

Semua ahli band ini juga berasal dari band-band lain tak termasuk fizi coz die lah pencetus iedea bagi menubuhkan band ini "separuh drp nya ada yg asal drp band lain :

adli - memang pada awal tak main dengan band memane
azim - pada awalnya main drum utk the fridays
adib - sama juga,asal bermain daripada the fridays
lynnz- pernah main dgn band mmber dia(tak ingat la plak) "

"hurm..apa yg ktorg nak dalam muzik ktorg ialah,diterima oleh semua orang,tak kira la bangsa ape pon,laki ke,pmpuan ke,tapi mmg nak diterima oleh orang la,dan dengan cara yang tersendiri,macam cara lagu yang ktorg bawak" pabila kami terus menanyakan tentang apa yang mereka mahukan dalam music dowang..

Tahap keiginan korang untuk terus main berjaya dalam industri seni nie? "tahap keinginan??hurm...huisshhh...agak tinggi la gak,tekad berusaha,bihihih"

soklan maut dari kitoerang sapa yang kuat makan dalam line up Apple Juice nie??kalo dalam Retro9 Mayo la sapa lagikk huwaaaa hwaaa huwaaa kalo bab skandal serahkan kepada Afie "
sape yang kuat makan??hahaha...azim(drummer) agak kuat makan la gak,kadang lepas jamming makan roti canai sampai dua,lepas 2 jam cmtuh,mesti makan lagi,patu makan lagi,membebel??hurm..yg tu no komen,hahahaha...."

untuk anda semua yang baru nak kenal apple juice,dengar la lagu apple juice,tanpa anda utk mendengarkannya siapa la lagi yang nak dengar,takkan kucing kot nak dengar ye tak,owh ya..jangan la pula korg keliru dgn nama apple juice nih,nama band apple juice ni hanya ada satu je dalam malaysia,sebab ada beberapa band kat malaysia ni pkai nama apple gak,so byk orang macam terkeliru,dan tak lupa APPLE JUICE IALAH BAND

Tok korang yang dah baca nie alang-alang jangan lupa add Apple juice di http://www.myspace.com/juiceapple dan add kami di http://www.myspace.com/retr09 ok dan jgn lupa untuk subcribe tok dapatkan info kami terus menerus tanpa ganguan 24jam ke mail korang!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Gig,Gig dan Gig

Jom meriahkan lagik gig-gig yang ada nie!!
Subcribe sekarang!!

Vain Music Hot Stage

band performance :
The Otherside Orchestra
Oh Chentaku
Bunkface
The Rhaman
Half Asleep
The Bourjuis
Julie Goes Oversea
Kid n Xera
Couple
Bittersweet
Meet Uncle Hussain
One Buck Short

Time/Date/Ticket/Venue :
1pm/25 May2008/RM20/MCPA Hall

Live N Blast

Band Performance:
Y2k
Lydias Diary
Blind Error
Awanband
Kohoth
Maddame
The Diamond
Couple
Missing Chapter
Skyjuice Coffee
Frasa

Time/Date/Ticket/Venue :
2.30 pm/11 May 2008/RM10/Skizo Studio(sebelah KPTM)

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Pemenang Contest kiD n' xEra

Firstly trimas kepada korang yang join contest nie..walaupun tak ramai yang nak join tapi ade jugak la yang join "lebih baik dari takde betol tak?" hahahha setelah cukup tempoh edahnya kiteorang dah pun pilih pemenangnye

Jom kite ushar dulu komen-komen dorang yang join :

Fatiha komen:
kid n xera korang mmg best giler . no doubt about it . korang punye lagu mmg best tp pling best skali lagu cerita kita . go , go kid n xera.pastu an performances korang mse indienation fest tu an menarik gila . :))


Miya komen:
to KID&XERA:)
cinta X make my life Funky Wacky..
Cerita Kita dipelihara sang Angel..
"Moge kamu gumbira slalu" I said to you by ME:)
ahh..hentam jelaa..haha;p


Fifi komen:
Lgu korg best..
aku ska vox korg..
cover korg 2 mmg leh tau ada lgu yg ada kaitan ngan cnta!!
hahahah
kiD n' xEra kata CINTA X antara ANGEL amat berbeza skali dengan CERITA KITA yg FUNKY WACKY.
hahaha.


Azizul Hakim komen:
kid n xera will be on all malaysian kids ears and stick to it


Silly Sara komen:
kids n xera mmg co0l deyh. aku ska cara korunk.
sempoi + selambe tuee. :P
lagu2. fuh! lagu2 korunk menusuk tulang aku siot! haha.
keep rowk kids n'xera!


Haqim komen:
erm..aku jon..
pasal kidNxera nih aku xbrape byk tahu pasal band nih..
tp ade la bdk2 aku ckp,band ni byk membawa rentak n muzik bru dlm indie progress..
kire leh respectgak band ni..
aku dgr citer band ni dlu start men kat selangor..area maner aku xpasti..
erm,tp kire bgus la dorunk dh nk release dorunk nyer album,bgus ni..
berani ambil risiko walaupun masih blum dikenali dlm scene kite..
hope dgn ape yg dier buat ni akan menambahkan lagi koleksi lagu di kalangan peminat2 indie..
aku suke..
dan hope lg byk band2 indie kiter leh mnembusi radio2 tempatan cm hujan buat..
erm,juga ak salute kat retro9 kerana byk mmberi peluang kpd band2 anak mude kiter meluahkan perasaan n promotekan dorunk nye band..
byk gak band2 yg aku xknl,leh aku jumpe kat retro9 n info dorunk mmg padat..
kalo boleh mayo n rakan2 bg la aku mng album kidNxera ni,sbb aku nk gak selidk music dorunk..hehe..
tuh jer la mayo..thx u all


dan dan dan pemenangnye... sile klik selanjutnya kalo korang nak taw sape menang!
heheheh

pemenangnye jeng jeng jeng!! Nazruz Haqim bin Ahmad Nazri.Tahniah.. Haqim sile tunggu info dari kami ok untuk proses seterusnya!! untuk korang yang tak menang takpe tunggu lagik contest kiteorang ok mana taw pas nie kasi tiket gig free tok korang plak ke??amacam? terus retro ngan kiteorang ok jgn lupe untuk subscribe!trimas lagik skali congrat to Haqim.

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Indiependent Artis Club Nokia


Jom ramai-ramai kiter serang zouk antara band-band yang ada :
  • The Times
  • Point Blanc
  • Nikyyc
  • Transient Vortex
  • Pete Teo
Jangan lupa untuk subcribe..
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

I-Care Charity Gig BEST!


Yaa 18 April arietuh kami ade gi kat I-Care Charity Gig kat SEGi Collage..Banyak band yang perform hari tuh antaranya Couple,Bunkface,Bittersweet, The Times,Oh Chentaku dan banyak lagik..Kiteorang sampai lambat daa time tuh..time sampai jek sempat tgk Oh Chentaku perform dengan lagu depa Palaroid

Band-band yang sempat kiteorang tgk The Times,Bunkface ngan Bittersweet je.Sian seyh jalan jammed teruk mase tuh .Tu yang kelewatan,btw gig arietuh memang best walaupun kurang orang tapi nampak kemeriahannya.

Part paling best skali bile mamat afrika(pengacara majlis) dok kne bahan ngan budak-budak, eheheh nahh rasakan kaki gigs di Malaysia baru dia taw. Slank die mmg wat kiteorang nak gelak syeh "Bitasweet" ahahah macam-macam lagik mamat afrika tuh sebot.

Walaupun banyak kerusi time tuh,crowd nampak enjoys dengan band-band yang perform.The Times main lagu apa yaa dah lupa laa ngah asyik shot foto jaa cam nie la jadiknya..ahahha.Bunkface ade main lagu Silly Lily.


Bittersweet merupakan band terakhir perform arietuh..apalagik semua crowd pergi depan tuk enjoys,Bittersweet main lagu A Perfect Match ngan lagu apa dahh lupa dahh ngan lagu baru mereka Burn Berlin Down.

Time tuh gak ramai geng-geng Myspace Retro9 turun antanya band Konfratasi, Pong dan ramai lagik.Apa-apa pon gig arietuh meriah tapi kalo ramai yang turun arietuh lagik meriah..Nah kat bawah nie kiteorang letak vid n photo kat I-Care Charity Gig arietuh..Enjoys jangan lupa untuk subcribe ok! Creadit to Mayo untuk gambar-gambr nie

Bunkface-Silly Lily @ I-Care Charity Gig


Bittersweet

The Times

The Times
Bunkface
Bunkface
The Times
Bittersweet
Bittersweet
Bunkface
Bitterwseet
Bittersweet
Bittersweet
Korang nak lagu bittersweet - Burn Berlin Down? yeahhh ade ade nahh



Download - Burn Berlin Down song ( creadit to LOQUE)
View - Burn Berlin Down Lyrics ( creadit to MARRYNNA)

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!