Retro9

Malaysian Indie Band Resource

Malaysia Indie Band Info

Thanks Korang!

Thanks korang singgah blog R E T R O 9,soo kiteorang galakan korang untuk subscribe sebagai mail reader,supaya korang tak terlepas info-info yang terbaru dari kami.KLIK SINIuntuk subcribe,jgn lupa untuk verify e-mail ok!

RETRO9 CREW

Korang Ade Info?

Korang ade info?nak share ngan Retro9 dan orang lain? hantarkan ke mayoegg@gmail.com ataw buzz kami di Myspace kami

RETRO9 CREW

Hot.fm Big Jam 2009




bertempat di danga bay  1 march ini,  Hot.fm sekali lagi kembali mengegar dgn konsert 8jam tanpa henti. Antara artis yang terbabit : Mawi, Adam, Aizat, Elyana, Ruffedge, & byk lagi. Antara band2 indie yang terlibat : Meet Uncle Hussein, Pesawat, One Buck Short, Bunkface, Maximus & byk lagi.


Jika anda berada di JB pada 1 March, pastikan tidak ketinggalan untuk berhibur mereka ;)





Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Konsert Kemanusiaan Untuk Gaza


mari beramal sambil berhibur bersama OAG, Bunkface, Roti, The Times & byk lg.
Lokasi : Muzium Telekom, Jln Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Tarikh : Feb 28, 2009.
Masa : 2ptg - 10mlm
Tiket : RM25

datangla beramai-ramai berhibur dgn band2 kesayangan anda & beramal :)

Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Fenomena Musik Kini

Lewat kebelakangan ini, musik indie semakin  mendapat tempat di dalam industri musik Malaysia. Rata-rata pemusik semakin membuka mata terhadap kemampuan band2 indie dimana semakin byk mereka diberi peluang utk beraksi. Sejak Estranged menjuarai Anugerah Juara Lagu & diikuti kemenangan Meet Uncle Hussein tahun ini, ramai pihak sudah mula mengintai kehebatan band-band tempatan yg suatu tika dulu pernah dilabel tiada bakat, sampahan yg merosakkan minda remaja. Radio - radio tempatan kini semakin kerap memutarkan lagu tempatan berbanding dulu bila mana mereka seperti mengagungkan karya negara jiran. Setidak-tidaknya mereka akhirnya membuka mata terhadap bakat tempatan yang suatu tika dulu pernah mereka katakan bakat tempatan tiada kualiti.

Sememangnya Meet Uncle Hussein antara band yg mempunyai bakat besar. Couple pula antara band yang agak dikenali di luar negara selain Pop Shuvit. Hujan misalnya semakin menuju kejayaan walaupon ramai yg mengkritik musik mereka. Dari Malaysia ke London dan kini bakal ke Indonesia. Syabas buat Hujan. Bunkface, yang bakat mereka terserlah melalui rancangan Blast Off! suatu masa dulu misalnya semakin mengukuhkan tempat mereka sebagai band pop punk yg berjaya. Selamat Pagi Gadis walaupun masih baru, tapi sedang meniti tangga menuju kejayaan biarpun tanpa 2 anggota mereka yg berada di luar negara.

Saat sesetengah band indie semakin mencipta nama, band-band lama seperti Butterfingers, Seven Collar Tshirt, OAG & The Times [sekadar beberapa nama] pula semakin mengukuhkan kedudukan mereka. Langsung tidak tercabar oleh kedatangan band-band baru. 

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh beberapa band indie lewat masa ini, memberi inspirasi kepada para remaja dimana kini banyak band-band baru tumbuh bagaikan cendawan. Satu perkembangan yang baik tapi bukan semua band tersebut  mempunyai identiti mereka sendiri kerana kebanyakkan band dibayangi band-band yg sedia ada. Bukan mahu mengutuk tapi hakikatnya bukan semua band baru itu punya identiti & musik yang boleh dibanggakan. Mereka sepatutnya mempunyai identiti tersendiri yang boleh membezakan mereka dengan band yang sedia ada. Rapat dengan band tertentu bukan alasan untuk mempamerkan musik yang sama. Ilmu yang dikongsi sewajarnya diterjemahkan menjadi karya yang hebat. Semoga mereka akan temui identiti mereka dalam musik yang mereka mainkan. Hanya masa saja yang akan tentukan ke mana mereka & para pengikut musik akan menilai kemampuan mereka. 

Bukan semua band menjadi pujaan semua orang & bukan semua band menjadi kebencian semua orang. 

Kalau suka, layankan. Kalau benci tak perlu fuck, abaikan saja. Lain telinga lain citarasa. 

Dengar saja, ikut naluri anda. 

[sekadar menyebut beberapa nama band & bukannya mengabaikan band-band lain]

*sekadar pandangan dari sisi seorang pemerhati. kalau salah harap diampun.


Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

coming to you this march






anda rindu Couple? anda rindu SPG? anda rindu BUNKFACE?
anda rindu The Times? anda perlukan keseronokkan seketika? 
atau anda rindu utk berdansa bersama rakan?
marila kesini, lupakan yg mengganggu jiwa & ubati rindu anda bersama kawan! 
:)



Location : MCPA HALL
Date : 18 March 2009
Ticket : RM18 [Presale = RM15]


bring your dancing shoes 

be there & rock n roll with us :)



Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!
 

different paths

college campus lawn

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent

apartment for rent