Retro9

Malaysian Indie Band Resource

Malaysia Indie Band Info

Thanks Korang!

Thanks korang singgah blog R E T R O 9,soo kiteorang galakan korang untuk subscribe sebagai mail reader,supaya korang tak terlepas info-info yang terbaru dari kami.KLIK SINIuntuk subcribe,jgn lupa untuk verify e-mail ok!

RETRO9 CREW

Korang Ade Info?

Korang ade info?nak share ngan Retro9 dan orang lain? hantarkan ke mayoegg@gmail.com ataw buzz kami di Myspace kami

RETRO9 CREW

Siapalah Hujan Untuk Lawan Astro

TENTUNYA ramai yang menggelengkan kepala apabila membaca cerita kononnya kumpulan Hujan sekarang ini semakin demanding dan banyak songeh. Terbaru, khabarnya Astro naik angin dengan kumpulan yang begitu popular dengan lagu Pagi Yang Gelap dan Bila Aku Sudah Tiada ini apabila mereka dikatakan meminta bayaran ketika stesen televisyen terbabit ingin menggunakan lagu mereka untuk program Akademi Fantasia.

Malah Hujan menerusi vokalisnya Noh juga enggan menerima undangan Astro yang memerlukan khidmatnya untuk menyanyi bersama salah seorang peserta program itu, Toi yang juga sebagai salah satu kejutan untuk program itu. Ekoran kejadian itu, nama Hujan menjadi panas apabila cerita sensasi itu menjadi bahan paparan media.

Apakah Hujan tidak pernah serik dan tidak menjadikan pengalaman sebelum ini sebagai pengajaran. Bukan sekali dua Hujan buat hal malah berkali-kali kerana sebelum ini pun banyak cerita di belakang tabir yang mengatakan mereka sudah besar kepala, perasan bagus serta bermulut celupar.

Pun begitu, tidak adil andai tidak mendengar sendiri cerita dari mulut si empunya diri. Ketika dihubungi Hip dan diajukan persoalan mengenai kontroversi yang berlaku itu, Noh bersedia menjawab setiap pertanyaan tanpa sebarang reaksi negatif. Sambil menyifatkan apa yang berlaku sebagai salah faham, Noh berharap kontroversi itu akan segera diselesaikan dengan aman tanpa melukakan hati mana-mana pihak.

Hip: Khabarnya Astro tidak puas hati dengan Hujan. Boleh terangkan apa sebenarnya yang berlaku antara Hujan dan mereka?

Noh: Apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham antara pihak kami dan juga Astro. Apabila saya baca saja cerita ini di surat khabar memang tidak dinafikan saya terkejut dan rasa terkilan yang amat sangat apabila mereka meletakkan kesalahan itu di bahu Hujan sepenuhnya. Ingin saya jelaskan di sini bahawa apa yang terjadi sebenarnya adalah berpunca daripada orang yang menghubungi saya dari awal lagi. Orang yang menelefon dan mengundang kami itu nyata tidak profesional. Sudahlah tidak memperkenalkan diri, tiba-tiba saja menuduh Hujan tidak mahu memberikan kerjasama dan kononnya meminta bayaran jika mahu menggunakan lagu kami. Dia sepatutnya memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan sebenar dari awal perbualan. Ini tidak, saya ingat dia telefon sekadar untuk mengajak saya buat persembahan gig kerana dari nada perbualannya menunjukkan sedemikian. Mengenai soal bayaran, kami boleh bertolak ansur asalkan dia menyatakan tujuan asalnya menelefon saya. Ini tidak, apabila saya tidak dapat menunaikan permintaannya itu tiba-tiba muncul cerita di akhbar kononnya Hujan sudah mula buat perangai. Paling membuatkan saya marah adalah apabila mereka turut membabitkan soal royalti dan mendakwa kami tidak mendaftar dengan MACP. Sebagai artis saya tahu tanggungjawab kami dan kami memang berdaftar dengan badan itu.

Hip: Kenapa Hujan menolak permintaan mereka?

Noh:
Noh menolak permintaan kerana mereka mahukan Noh seorang saja yang beraksi bersama-sama Toi sedangkan pada hakikatnya Noh tidak biasa membuat persembahan tanpa anggota kumpulan lain. Malangnya orang yang menelefon saya itu tidak mahu mendengar alasan saya. Lalu berlakulah salah faham dan membuatkan nama Hujan naik sebagai kumpulan yang banyak songeh dan berlagak menurut pandangan mereka.

Hip: Takkan tidak ada jalan penyelesaian untuk meleraikan masalah ini?

Noh: Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini berlanjutan kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah untuk kedua-dua pihak. Cuma apa yang menyebabkan saya kecewa adalah mereka tidak menelefon saya dan bertanyakan perkara sebenar. Sebaliknya mereka lebih rela menggunakan media sebagai tempat untuk meluahkan segala-galanya. Lebih membuatkan kami bengang apabila orang yang tidak tahu menahu perkara sebenar tampil membuat kenyataan melulu. Sudahnya, nama Hujan juga yang mendapat tempiasnya. Terkilan juga hati apabila tidak mendapat ruang untuk menjelaskan perkara sebenar. Tapi tak mengapa. Sejak menceburi industri muzik arus perdana ini kami memang sudah bersedia dengan pelbagai gosip yang ada kala melukakan hati kami. Mahu atau tidak, inilah jalan yang kami pilih dan kami harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Berbalik kepada soal mencari jalan penyelesaian, sejujurnya itulah yang kami harapkan. Kami tidak mahu salahkan sesiapa dalam soal ini. Mungkin dalam hal ini kami ada juga membuat kesilapan. Sebelum ini pun Astro ada memanggil kami untuk bersemuka cuma tak tahu bila pertemuan itu akan berlangsung.

Hip: Hujan tidak takut digam Astro gara-gara kontroversi itu?

Noh:
Bagi Hujan rezeki ada di mana-mana. Kalau betul mereka hendak gam kami atas kesalahan itu, kami tak boleh buat apa-apa dan berserah saja. Siapalah Hujan untuk melawan mereka?




Hip: Sejak dulu hingga kini, nama Hujan tidak pernah lekang dari kontroversi. Pun begitu, ramai yang mengatakan kontroversi yang berlaku semuanya kerana Noh. Komen sikit?

Noh:
Tidak dinafikan sebagai vokalis kumpulan Hujan dan juga frontman, pastinya saya yang akan menjadi sasaran jika berlakunya kontroversi membabitkan Hujan. Jadi sebagai jurucakap dan juga merangkap ketua kumpulan sudah pasti jika ada yang cuba menjatuhkan nama kumpulan kami, saya akan cuba mempertahankannya kerana itu adalah sebahagian daripada tugas saya. Mungkin sebab itu mereka lihat asyik Noh saja yang dikaitkan dengan macam-macam masalah. Cuma apa yang saya nak tambah di sini adalah, mungkin ramai yang mendakwa sedemikian kerana mereka tidak mengenali diri saya yang sebenar. Kalau mereka kenal saya sedalam-dalamnya tentu mereka tahu yang saya tidaklah seburuk yang disangkakan. Bagaimanapun, seperti yang saya tegaskan tadi, inilah cabaran yang harus saya tempuhi apabila mengambil keputusan untuk memasuki dunia arus perdana. Saya harus bersedia menghadapinya.

Hip: Pengaruh Hujan dalam arus perdana semakin hari semakin kuat. Apakah Hujan masih memerlukan gig seperti zaman sebelum dikenali dulu?

Noh:
Buat masa ini kami perlahankan dulu aktiviti gig ini kerana kami lebih pentingkan soal keselamatan. Seperti yang ramai sedia maklum, kalau show gig biasanya soal keselamatan tidak diambil kira. Jadi Hujan lebih senang menumpukan persembahan biasa kerana ia lebih teratur dari segi pengurusannya terutama soal keselamatan artis yang membuat persembahan. Jika sebelum ini ada yang mempertikaikan tindakan Hujan kerana enggan terikat dengan mana-mana label, di sini saya ingin memaklumkan bahawa Hujan sudah pun menandatangani kontrak pengedaran album dengan syarikat rakaman FMC. Kami sudah pun selesai merakamkan album kami yang ketiga dan tunggu masa untuk diedarkan. Paling lewat pun pada penghujung bulan ini. Kami hanya menandatangani dari segi pengedaran saja. Album ini pula diterbitkan oleh syarikat saya sendiri iaitu Noh Phrofiles Enterprise. Dalam album ini ia turut mengandungi lagu dari album pertama dan kedua kami. Jadi mana-mana yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan album itu bolehlah mendengarnya menerusi album ketiga kami ini.

Qoute : Berita Harian

By : Mayo
Clik Here to subcribe as a mail reader!

See Other Related Post:



0 Feedback:

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent

apartment for rent