Butterfingers
Butterfingers-Bukan lagi nama yang perlu gemba gemburkan kerana ade yang menganggap mereka nie sebagai "legends".Dengan musik grunge yang mereka bawa dapat memikat hati anak muda untuk mengikut jejak langkah mereka selaku band grunge negara kita.
Source : www.royalbutterfingers.net
Loque, Kadak dan tiga rakan mereka iaitu Cop, Ayul dan Bobo berusia 14 tahun dan bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1991. Fitrahnya seperti remaja lain, muzik memang banyak memberi pengaruh utama sebagai medium untuk merehatkan fikiran atau lebih tepat untuk melepaskan geram.
Lima remaja itu nyata mempunyai minat mendalam bukan daripada sekadar mendengar muzik tetapi mereka mahu menghasilkan muzik mereka sendiri.
Loque's Tail- Itulah nama awal kumpulan mereka dan setiap sabtu serta ahad, kelima-lima remaja itu akan keluar dari asrama dan ke pekan Kuala Kangsar untuk "Jamming". Zai Am Studio di Kuala Kangsar menjadi saksi kepada aksi Loque' Tail dengan lagu heavy metal mereka. Ketika itu lagu Metallica seperti Ride The Lighting, Master Of Puppets dan Fade To Black menjadi pilihan mereka.
Pada tahun 1992 pula menyaksikan minat mereka semakin mendalam dan mereka mengakui album kedua kumpulan grunge popular dunia Nirvana yang berjudul Nevermind melahirkan inspirasi yang begitu utuh.Setahun selepas itu Loque'Tail sah bergelar sebuah kumpulan Punk. Kalai menyertai kumpulan itu setelah Cop dan Bobo berundur. Mereka hanya tinggal berempat dan tidak lama kemudian Ayul pula mengundur diri. [selanjutnya
Intervies bersama Butterfingers by Fadhil [www.butterfingers-kembali.blogspot.com]
"Pandangan tentang projek album terbaru KEMBALI yg bakal diterbitkan dari segi teknikal rakaman dan pemasaran,yg dilihat menggunakan pendekatan lebih D.I.Y?"
"KEMBALI adalah satu album 'sunshine'. Ia adalah cermin kepada album 'STD',contohnye tajuk lagu "Kabus Ribut' dlm album Kembali ialah Terus Terang. Senang cerita Selamat Tinggal Dunia vs Kembali.Kami merakamkan album ini distudio Kings menggunakan teknik digital.Kebanyakannya adalah trial and error dan sedikit experimental. Semua audio tracks/layers disimpan dlm harddisk. kami juga menggunakan drum pad disebalik penggunaan drum set betul. Rakaman mengambil masa 10 hari 10 malam, 24jam berkurung didlm studio tiap2 hari pada bulan August tahun 2007. Rekod paling cepat satu album pernah disiapkan oleh Butterfingers." [selanjutnya]
Source : www.gua.com.mySegala kesilapan semasa era album ‘Selamat Tinggal Dunia’ dahulu tak akan diulangi lagi,” kata gitaris utama dan pencipta lagu itu tentang kegagalan komersil album bahasa Malaysia pertama mereka pada tahun 2005.
Video muzik bagi lagu “1000 Tahun (Mahu Hidup)”, yang pertama Butterfingers sejak keluaran klip “Cuai” dan “Nyilu (Hidup Makan Tidur Mati Muzik)” tiga tahun lepas, boleh ditonton di YouTube bermula hari ini. Single ini akan diikuti oleh keluaran single kedua, “Terus Terang”, di bulan hadapan. Single ketiga “Merdeka” ataupun “Bebas”, akan dikeluarkan selang satu atau dua bulan berikutan itu dan single keempat akan muncul pada 1 Jun sebelum rilisan album penuh ‘Kembali’.
Menurut Emmett pula selaku vokalis utama, muzik Butterfingers kali ini jauh lebih mudah didengar berbanding muzik mereka yang lepas.
“Kami telah memudahkan Butterfingers,” ujarnya ringkas. “Dari segi lagu – konsep keseluruhan ‘Kembali’ adalah ‘lagu rakyat, daripada rakyat untuk rakyat’.”
“Album baru (ini) adalah satu kesinambungan daripada apa yang kita dah buat selama ini,” tambah Kadak (gitar bass) pula. [selanjutnya] Butterfingers-1000 Tahun(Mahu Hidup)
Apa kate Mr Archyd?
" buter fingger bertapak sejak awal tahun 1997 lagi...band ini bleh di kata kan antara lagenda ahli muzik bawah tanah ter awal pada masa itu...
Nerdluck-Bands
Apa kata Nerdluck?
" butterfingers telah membaya revolusi grunge di msia walaupun ada yang seangkatan dengan mereka tetapi butterfinger telah menunjukkan irama grunge di msia diterima masyarakat...dengan penampilan album pertama beliau 1.2miligram, butterfinger telah mencuit hati segelintir peminat music grunge di msia."
Jon-Unlce Auntie Society
Apa kata Jon??
" they absolutely rox.. aku mmg proud la ngn dorunk cuz slain music diorunk rox,dorunk pun rox dlm knowledge n study. butterfingers sndiri ahli2 dier blh kate semua dr mckk(malay college kuala kangsar) yg terkenal cuz melahirkan ramai cendiakawan n pemimpin malaysia.dorunk gak skg kalo aku xsilap,tgh further study kat oversea..jd aku rase semua band indie patut follow cm dorunk..kiter xnk band kiter hanya pandai music,but kiter nk dorunk also pandai in subject..bru org leh salute..kalo semua band follow cm aper yg butterfingers buat aku leh caye,semua org akan mule berfikir n ckp band indie is clean,n absolutely rox with knowledge..dorunk mmg legend..slain sbb dorunk ni pandai dlm pelajaran,dorunk gak pandai men music..
n disebabkn name butterfinger,makin ramai band2 indie yg dlu dikenali ngn underground band,telah melonjak naik ke permukaan stream cam o@G,gerhana ska cinta,the acab,hujan,meet uncle hussain,bittersweet n so on..butterfinger telah mencipta kelainan dlm music malaysia n merupakan titik contoh kepda kebanyakan band dlm malaysia..so that why they r prove to called as malaysia's legend band of malayneum~!
Dish-Band
Apa kate Dish?
"mmg depa band lagend la..
sbb kalo nk diikotkan aku sendiri pon mula dengaq dan jmmg lagu butter waktu zaman sekolah dulu..blh dikatakan byk band yg mula2 start main muzik..lagu butter mesti ada terselit utk dimainkan sebagai cover..hahaha..sebab abang2 bttrfgers mmg best la..tp kalo nk katakan dish mcm btter mgkin x la..sbb aku x blh jadi mcm emmet,x blh jadi mcm louqe,kadak or kalai..sbb masing2 antarea depa ada keistimewaan depa..tp kalo butter tu sebagai pengaruh dalam muzik dish ...mmg ada la..hahahahha..kalo blh kami pon nk jd mcm depa..hahaha.."
Bunga Indierare-Pembaca Retro9
Ape kata Bunga Indierare
"Butterfingers RoWx"
Bubblegum-Band
Apa kata Bubblegum?
"butterfingers ialah band paling relevan dan ber-mesej, sesuatu yg sangat fresh dan realistik di dlm scene yg balik2 asyik nak 'dansa' dgn 'pesta' jer ni"
Huh..kami pon rase Butterfingers mamang layak untuk memengang title "Legends"
Jgn lupa add kami di Myspace dan jadi pembaca e-mail kami!
0 Feedback:
Post a Comment