Retro9

Malaysian Indie Band Resource

Malaysia Indie Band Info

Thanks Korang!

Thanks korang singgah blog R E T R O 9,soo kiteorang galakan korang untuk subscribe sebagai mail reader,supaya korang tak terlepas info-info yang terbaru dari kami.KLIK SINIuntuk subcribe,jgn lupa untuk verify e-mail ok!

RETRO9 CREW

Korang Ade Info?

Korang ade info?nak share ngan Retro9 dan orang lain? hantarkan ke mayoegg@gmail.com ataw buzz kami di Myspace kami

RETRO9 CREW

Dish


Dish - Beberape hari lepas kami merayau-rayau disekita ruang saya ale-ale terserempak dengan band nie yang diberi name Dish!Ape lagik kami terus melamar mereka untuk di reviews di Rockstarz@Retro9,kali ini genre grunge menjadi pilihan kami. Mesti korunk tertanya-tanya Dish itu ape?kepada mereka yg minat genre grunge mungkin tahu ape itu Dish.Bermualnya detik Dish ini pada tahun 2003 yang dikenali sebagai Andelina Dsease yang dianggotai oleh Ixam@PakChaq,Dani,dan Nick,merupakan 3 piece band , setelah Nick dan Dani membawa haluan sendiri , Pakchaq mengajak rakan seperjuangan yang lain dimana setiap line-up terdiri daripada latar belakang yang berbeza untuk melengkapi band ini lalu menukarkan nama kepada DISH dan kini formasi band ini kini dianggotai oleh Pakchaq/1st guitar/vox, Rizan/bass dan Pakjun/2nd guitar/vox. Nama DISH dipilih sempena "sleng " atau lorat diwaktu zaman grunge dulu, kalau diikutkan nama DISH bermaksudnya DISERABLE GUY!! Masih mengekalkan konsep grunge, tetapi lebih kepada era grunge 90 an. Memilih NIRVANA, SMASHING PUMKIN,MUDHONEY,PEARL JAM dan band-band yg
sewaktu denganya sebagai pengaruh utama band ini. "DISH dipilih berdasar zaman kegemilangan grunge dulu-dulu. Lagi pon kami rasa Dish agak kena dengan muzik dan konsep grunge yg kami main skarang ini la, Maksud Dish tidaklah memberi 1 perumpamaan yg terlalu abstrak. Cuma sekadar memperingati sejarah grunge dulu-dulu..itu sahaja.."

Kami agak mudah/senang nak bercerita dengan mereka ,kerana mereka nie agak sempoi,cool and funky bile ditanye banyak soalan."Dish ,paling rilek,santai,friendly dan mesra alam(haaa) ..sebut aja Dish..ingat benda-benda yang simple sahaja. Tidak terlalu fasi atau memilih.hahah"
kate Pakjun apa bile ditanye. Dulu pakai name len??dan skang name len dan lineup baru ke?? haaa jawab mereka pulak "line up sekarang ialah Pakchaq,Rizan,Pakjun. Kami masih mencari pemain drum untuk band ini. Buat masa skarang Dish menggunakan Aboi (Mad House), Lid(Tyre Pancit), Farady(Have A Nice Death) untuk sesi jamming dan latihan". Dish pernah mengeluarkan sebuah demo yang self title(tiada tajok), terdapat dalam 4 , 5 lagu dah diriliskan hanya kepada kawan-kawan sahaja.Lagu bertajuk "EVERYDAY" dan "LETTER TO END" merupakan rentetan split cd demo pertama bertajuk DOUBLE FREQUENCY bersama band TYRE PANCIT dimana rilisan ini diterbitkan oleh LUNARAWK ENTERTAITMENT pada tahun 2007.

Untuk demo split bersama band Tyre Pancit hanya dikeluarkan dalam jumlah yang terhad. Buat masa sekarang masih belum sempat untuk merakam atau meriliskan lagu-lagu baru,disebabkan masing-masing masih sibuk dengan kejaya dan band sendiri,tetapi kalau pada sesiapa yg ingin dapatkan lagu2 yang lama blh request download kat page DISH. Melihatkan komen-komen di myspace merek tetibe jek kami nak tanye soklan supa dupa nie kepada Dish "ade orang kata bro-bro Dish nie seksi gilex??", "Yang itu....seksi atau seksa?no komen!!!hahaha.. rasa x kot..kami ni sekadar manusia biasa sahaja. Masih ada kekurangan, hahaha..tp..manis ada kot..hahah..perkara tu tak jadi faktor, sebab orang kat luar sana cuma nak tengok cara kita perform,itu saja. Yang penting kami bukan Backstreetboy atau band
yang seangkatan denganya..hahaha"kata mereka tanpa segan silu dan konfidenye sampaikan budak jalan belakang pon masuk!

Dengar kata perancangan mereka lepas ini lagu-lagu baru untuk dimuatkan dalam ep mereka yang akan datang dan buat masa sekarang mereka sudah siap dengan 1 lagu bertajuk HEY MIN 90's(boleh dengar di Myspace mereka) ada diletakkan dalam myspace mereka sebagai pra-dengar dan komen. Kalau tak ada sebarang masalah atau gangguan yg mendatang mungkin ep mereka akan diriliskan pada tahun ini jg..insya Allah,"Untuk show sekarang pon dah ada juga organizer yang ajak utk contribute show, tp still x blh proceed lagi disebabkan blm cukup persediaan..mgkin kami akan mula gig pada pertengahan tahun ini"tambah mereka lagi. Mari kita sama sama menanti ep Dish yg bakal diterbitkan oleh Luna Rawk Entertainment.

Seperti mane band-band lain seperti itulah band Dish,mereka juga mempunyai matlamat dan hala tuju mereka "biar kita berjaya dan ada hasil dalam apa yg kita buat.. kalo boleh kita nk push local product pergi lebih jauh la.. sekarang ini pon kita tgk dah byk band-band local dah berjaya dan boleh pergi show tempat orang..kalau depa boleh..x kan kita x boleh?janji kena ada effort la kan?hahahaha" Apa yg mereka cakapkan ini betol sekarang nie kita boleh tengok band-band tempatan bukan lagi ditakuk lama mereka sudah ade mentaliti yang baru. Kami di Retro9 juga mengharapkan band- band kita mampu pergi jauh,bermain di negara orang dan tunjukan kepada mereka kita ada bakat - bakat yang belum diterokai lagi.

Ade sesetengah orang berpendapat kalau main music nie mesti tak tentu harah punya budak tapi bagi kami itu semua salah,cuba kita lihat yang terdekat Butterfingers mereka dari MCKK (Malay Collage Kuala Kangsar) di mana tempat lahirnya cendiakawan negara kita.Bagi Dish pula mereka juga bekerjaya dan terpelajar kerana PakJun bekerja sebagai CSE atau Cust Service Exucative Contact Center di Celcom. PakChaq masih dalam fana pengajian dalam kos Art Designer, dan Rizan full time musican dengan band dia Have A Nice Death.

Nie memang soklan wajib dari kami,kerana kami sering lihat orang berkata kata tentangnya "main lagu melayu kurang hot jika nak di bandingkan dengan main lagu english??" apa kata mereka??. " itu sebenarnya ikut pada band rasanya..setengah mahu dikenali dengan pemuzik yang membawakan muzik mereka dalam bahasa melayu, ada band pulak mahu gunakan bahasa inggeris sebagai bawaan, itu tidak menjamin sama ada cepat panas atau tidak la,
ikot pada keselesaan , pada DISH kami masih pilih bahasa inggeris, tp kalo pon buat juga lirik lagu melayu.. "mendongak ke langit"..haha.kesimpulan selagi ada band main muzik,kita bagi sokongan.yang penting kualiti perlu ada.. kalo nk cepat panas,kita masok micro wave ramai-ramai..hahaha..lawak aja" Lihat betapa kelakar mereka nie sehingga kami sendiri pon dok tergelak bace jawapan mereka nie, micro wave jadi mangse kali ni.

"Akhir kata terima kasih kepada En.Mayo sbb sudi bagi interview ni.. kalo ada yg terkurang atau terlebih tu kami mintak maaf la..hahah..dan kepada sesiapa yg nk mengenali DISH , boleh layari myspace kami www. myspace. com/dishband dan juga kepada mereka-mereka yg sudah menganali , menyokong DISH iaitu sebelum dan selepas kami ucapkan TERIMA KASIH BERJUTA-JUTA LEMON!! jadikan tahun 2008 anda lebih bermakna!!gempor teros!!!" Jika ade ape ape soalan,jemputan mahupun apa sahaje boleh dikemukan di Myspace mereka ataupun Luna Rawk Entertainment. Kami crew di Retro9 juga mengucapkan TERIMA KASIH BERBILION-BILION ANGGUR kepada Dish kerana sudi ke atas pelawaan kami.Kami juga berharap Dish mampu pergi jauh bersama peminat-peminat mereka!Dish memang RowX

Jangan lupa add Retro9 di Myspace dan jadilah pembaca Retro9 melaui E-mail klik disini

See Other Related Post:



0 Feedback:

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent

apartment for rent