Retro9

Malaysian Indie Band Resource

Malaysia Indie Band Info

Thanks Korang!

Thanks korang singgah blog R E T R O 9,soo kiteorang galakan korang untuk subscribe sebagai mail reader,supaya korang tak terlepas info-info yang terbaru dari kami.KLIK SINIuntuk subcribe,jgn lupa untuk verify e-mail ok!

RETRO9 CREW

Korang Ade Info?

Korang ade info?nak share ngan Retro9 dan orang lain? hantarkan ke mayoegg@gmail.com ataw buzz kami di Myspace kami

RETRO9 CREW

Nitrus

Nitrus ditubuhkan pada sekitar tahun 1999 oleh Eddie, Syed, Aux dan Ikan. Eddie dan Syed berkongsi tugas sebagai vokalis utama dan juga bermain gitar manakala Aux sebagai pemain drum dan Ikan bermain bass. Pada tahun 2000 mereka telah merakamkan dua buah lagu dalam bentuk demo iaitu ‘Better Days’ dan ‘Twisted’. Demo tersebut telah menarik minat Posse Records untuk menawarkan Nitrus merakamkan dua buah lagu tersebut di dalam sebuah album kompilasi yang diberi nama ‘Another Boring Sunday’. Pada tahun 2001, album ini telah dipasarkan dan single ‘Better Days’ dan ‘Twisted’ telah diputarkan dicorong-corong radio

Menerusi kedua-dua lagu ini, Nitrus telah berjaya membawa pulang Anugerah Artis Harapan pada AIM 2002. Tahun 2001 dan 2002 juga telah menyaksikan pengunduran Ikan dan kemudiannya Aux, dan mereka ini telah digantikan oleh Bob (bass), Faizul (drum) dan Asiw (gitar utama). Dengan line up baru ini mereka telah mengubah hala tuju Nitrus kepada sebuah kumpulan muzik yang menyanyikan lagu-lagu Melayu. Oleh kerana kerjasama bersama Posse Records tidak berpanjangan, Nitrus telah mengambil keputusan untuk bergerak secara independent. Mereka merakamkan lagu ciptaan mereka di studio yang mereka bina secara berperingkat di rumah Eddie.
Nitrus juga bergerak aktif dalam memenuhi jemputan gig dan persembahan disekitar Lembah Kelang, Melaka, Pulau Pinang, JB dan Kuantan. Pada tahun 2003 menyaksikan perubahan pada line up Nitrus sekali lagi dimana Rafhan telah mengambil posisi sebagai vokalis utama menggantikan Eddie dan Syed manakala Asiw mengambil keputusan untuk mengundur diri. Tahun 2004 pula, Faizul meninggalkan Nitrus dan digantikan oleh Is sebagai pemain drum







Pada bulan September 2004, Nitrus telah menghasilkan 2 buah single bertajuk ‘Rasa’ dan ‘Colder’ yang kemudiannya dimuatkan kedalam portal ‘musiccanteen.com’ untuk dijual secara on-line. Kedua buah lagu ini telah mendapat peluang dimainkan di beberapa radio tempatan. Berdasarkan kejayaan ini juga, Nitrus telah mendapat sedikit bantuan dari segi penajaan untuk menyiapkan album sulung mereka yang betajuk ‘Rasa’. Album ‘Rasa’ siap dirakam sepenuhnya pada bulan Julai 2005 dimana 12 lagu telah dimuatkan. Malangnya, disaat akhir dimana proses pencetakan album hampir selesai, Rafhan (vokalis) telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Dengan ketiadaan Rafhan, Nitrus telah mengambil keputusan untuk mengekalkan line up yang sedia ada dimana Eddie mengambil semula peranan sebagai vokalis utama

Nitrus-Resah video klip


Setelah lama mendiamkan diri, Nitrus, pemenang Anugerah Artis Harapan AIM 2002, kini muncul kembali ke arena muzik tempatan dengan album Ke-2 Mereka mereka ‘Hujung dunia’ yang akan dilancarkan pada 28hb Mac 2008 Album Hasil usahasama Metadome sdn bhd dan Surtin record Serta diterbitkan sendiri oleh Nitrus ini adalah kesinambungan usaha meneruskan kembara muzik mereka, bermula sekitar tahun 2000,juga album pertama mereka pada 2006, yang menyaksikan kemunculan single pertama mereka “Better Days “, disusuli “Twisted serta

Kedua lagu ini mendapat tempat di stesen-stesen radio Malaysia dan mendapat reaksi positif para pendengar juga pengkritik tanahair.Setelah Kejayaan 2 Single ini,melalui album “Rasa” lagu “Kamu” telah menjadi sebutan dikalangan pendengar,Tambahan pula Ketika itu album ini adalah calon akhir ketegori Album PopRock Terbaik AIM 13 yang merupakan kumpulan indie pertama bebahasa Melayu layak ke Final.Setelah kejayaan lagu “kamu” diterima oleh pendengar melayu dan bukan melayu.Kesinambungan daripada itu Pengarah filem “indieBernard Chauly berminat untuk nitrus menyumbangkan lagu tema untuk filem beliau”Goodbye Boys” melalui lagu “hujung dunia” dan bintang-bintang,ternyata hasilnya tidak sia-sia,lagu tema tersebut di terima hangat oleh pendengar Malaysia

Muzik kumpulan Nitrus agak sukar untuk dilabelkan. Bersahaja, ianya berorientasikan rock yang digarap dengan sentuhan komersial. Dengan berbekalkan pendekatan ini, Nitrus dengan berani menghasilkan album kedua mereka yang dirakamkan sepenuhnya di studio kediaman mereka “Surtin Studio,Nar studio dan King Studio. “Resah” dipilih untuk single pertama didalam album yang mengandungi 10 buah lagu ini dan turut memuatkan 2 lagu dari soundtrack Filem “GoodBye BoysHujung dunia dan bintang-bintang bagi tidak menghampakan peminat meraka.

Album ini mengambil masa hampir setahun untuk dihasilkan bermula daripada proses penyusunan lagu, rakaman, adunan dan suntingan. Kumpulan Nitrus amat beruntung kerana dibantu oleh sentuhan adunan dan suntingan Zairi,Amir sulaiman dan Greg Henderson, Antara nama yang sering dikaitkan dengan kerja-kerja produksi muzik tempatan.Rata-rata lagu-lagu Nitrus bertemakan kehidupan, perhubungan, Ketuhanan,Kritik sosial dan tentunya cinta. Namun setiap satu daripadanya mempunyai kekuatan tersindiri dari segi melodi, susunan muzik dan bunyi





Resah” dan “Sisa” telah diperdengarkan melalui beberapa buah stesen radio tempatan. Mendengar keseluruhan lagu di dalam album ini, pendengar akan mengalami sebuah kembara muzik yang bervariasi dan mengusik emosi. “Hujung Dunia” diharap dapat menyentuh citarasa pendengar-pendengar muzik di Malaysia.Apa Yang menariknya Album ini dilancarkan secara digital dahulu sebelum dikeluarkan secara fizikal Cd
Kumpulan Nitrus terdiri daripada Eddie (vokal & gitar), Syed (gitar), Bob (bass) dan Is (dram)Nitrus – “Rasa” (the album)

Jangan lupa add kami di Myspace klik disini untuk add kami dan jadilah pembaca kami melalui e-mail dengan melanggan secara percuma klik sini untuk melanggan.Kami juga telah melancarkan Gigs@Retro9,korang leh search gig-gig sekitar tempat korunk dengan klik sini untuk ke Gigs@Retro9

Reviews ini disediakan oleh,

Afiefufefo

Afiefufefo




See Other Related Post:



0 Feedback:

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent

apartment for rent