Retro9

Malaysian Indie Band Resource

Malaysia Indie Band Info

Thanks Korang!

Thanks korang singgah blog R E T R O 9,soo kiteorang galakan korang untuk subscribe sebagai mail reader,supaya korang tak terlepas info-info yang terbaru dari kami.KLIK SINIuntuk subcribe,jgn lupa untuk verify e-mail ok!

RETRO9 CREW

Korang Ade Info?

Korang ade info?nak share ngan Retro9 dan orang lain? hantarkan ke mayoegg@gmail.com ataw buzz kami di Myspace kami

RETRO9 CREW

Kabus

Kabus merupakan sebuah band indiependent yang berasal dari Kuala Lumpur Secara rasminya, Kabus telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2006 setelah melakukan ‘internal restructuring’ dalam kumpulan. Kabus telah melakukan transformasi ke arah modern rock setelah sekian lama memperjuangkan muzik mereka menggunakan Bahasa Inggeris. Untuk melengkapkan identiti ke-melayu-an band ini telah memilih untuk menukar nama daripada Avalanche kepada Kabus. Pengaruh terbesar muzik Kabus adalah ‘Seattle Sounds’ dan ..Britishpop Music’, terutamanya Muse, Nirvana, Alice in Chains, Stone Temple Pilots dan Coldplay.


Nama kabus dipilih berdasarkan sifat-sifat mistikal yang ada pada Kabus "sejuk dan menenangkan, bebas bergerak di mlm hari dan yg paling penting skali aku anggap Kabus ni sesuatu yg misteri! Kalo kita tgk bila Kabus dh menyelubungi satu tempat, pasti...
kelihatan menyeramkan dan penuh misteri..." kata Eddy menerangkan kepada kami tentang pemilihan nama Kabus. Terdapat 3 buah lagu iaitu Semahunya Merdeka, Manusia dan The Bones Alice In Chains(cover song) boleh didengarkan di Myspace mereka .Semahunya Merdeka mengisahkan tentang kehidupan seseorg yang penuh dengan dugaan dan cabaran "Dan paling pasti lagu ni utk seseorg yg tak mau kalah! Lagu ni jgk aku tujukan khas utk umat manusia yg menjalani kehidupan kat bandar KL" tegas Eddy kepada kami.

Kabus telah merancang untuk meriliskan single terbaru mereka iaitu "Melayang Di Udara", yang baru saje menyelesaikan mixxing pada lagu tersebut.Kemungkinan dalam jangka masa terdekat ini mereka akan meriliskan single mereka itu untuk diperdengarkan kepada umum. "Bt masa ni hanya Suria FM yg ada udarakan lagu Semahunya Merdeka. Radio2 yg lain blum sempat nk approach lg."begitulah niat mereka,kalau ade rezeki boleh la promote sedikit sebanyak kepada umum untuk mengenali mereka dengan lebih rapat."Setakat ni kami blum release apa2 material yg proper" kata Eddy. Sebelum ni kabus telah keluarkan EP, "Panorama Malaya Moden" yg tak seberapa sempurna,"sempat jgk kitorg pass kt member2 terdekat.Tapi aku terpaksa bekukan promosi dia memandangkan ketidak sempurnaan EP tu"

Memandangkan hidup sebagai seorang pemuda di Kuala Lumpur memerlukan pengorbanan yang tinggi dan mempunyai "sen" yang banyak.Kebanyakan daripada mereka telah mempunyai kerja tetap dan muzik adalah cinta mereka "nak ada income tetap beb!haha" jelas Eddy ,kerana hidup di Kuala Lumpur semuanya duit,"Nak masuk tandas pon sekarang dah rm2 "heheheh..

Ape kate K A B U S bile ade orang berkata-kata main lagu inggeris cepat hot kalo nak dibandingkan dengan lagu melayu??"Itu terpulang pada org yg menilai.Semuanya bergantung pada telinga2 pendengar yg kat luar tu.Cuba lihat pd band Meet Uncle Hussain dan Hujan skg ni...aku no komen."

Sekarang nie banyak sangat pandangan masyarakat yang bersangka buruk apabile mereka mengatakan main musik nie tak tentu hala cam togok sane sini,pil2 laa dadah..ape kate korunk???"Semua tu hanya utk nk jadikan isu je sebenarnye..aku no komen"

"Kami cuma mahu lagu yang kami bawakan dapat diterima oleh pendengar muzik di luar sana,at least hasil usaha kitaorang selama ini dihargai,Mula2 skali aku nk ucap trime kasih pada supporter2 kat luar sana.Kabus pasti berusaha akan berikan yg terbaik utk halwa telinga korg yg nk dgr lagu2 kabus.Pasti! ;)"Jangan lupa ke Myspace K A B U S dan dengarkan lagu mereka serta jadikan meraka sebagai kawan anda di Myspace.

Kami di Retro9 mencadangkan anda supaya melanggan untuk mendapatkan info-info terbaru yang kami reviews terus ke email korang semua,untuk melanggan klik sini.Dan jgn lupa add kami di Myspace klik sini untuk add kami dan kami baru sahaja melancarkanGigs@Retro9 dimana korang semua buleh search gig-gig yang bakal berlangsung di sekitar tempat korang soo tak payah la nak tunggu lagi kerana kami dah sediakan untuk korang ok!klik sini untuk ke
Gigs@Retro9 Dan (brape banyak dan laaa Mayo??) kami nak ucapkan trimas kepada
K A B U S kerana telah mengabuskan kami untuk di reviews di Rockstarz@Retro9






See Other Related Post:



2 Feedback:

  1. Anonymous said...
     

    dengar cerita dowang nie tinggal bertiag ek??ape kes ade yang kuar??x bes la cam nie??

  2. Retro9 said...
     

    nak taw citer leh tgk review tabru!!

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent

apartment for rent