Hujan Di 'Cop' Bodoh Sombong?
Kalau dulu mereka menaikan nama Indie Scene ke atas bagaimana pula kali ini?Adakah Hujan telah memberi kesan ke atas band-band lain?bagaimana pula dengan penerimaan Raingers?
Kumpulan HUJAN bodoh sombong?betol ke?nie ape yang kami dapat info dari Berita Harian dan kawan-kawan dari ms.Macam mane leh jadi macam nie?Macam-macam kedengaran kata-kata seperti Hujan berlagak,bajek best,demand tinggi,tak sedar diri? itu yang ape aku dengar dari kawan2 kat luar sane.
Kali ni timbul pula kenyataan menyatakan ?Hujan bodoh sombong!Aku tak nak ckp ape-ape kos aku tidak memihak di mane-mane belah pihak.Korang bace,korang pikir,korang tentukan.Yang x baik itu semuanya dtg dari kita yang baik itu semuanya dari ALLAH.
Soo nie aku ade qoute dari Berita Harian.
Minta royalti daripada Astro kerana Toi menyanyikan lagu mereka untuk konsert AF
KETIKA Zubir sedang melepak di sebuah kedai mamak sekitar Shah Alam minggu lalu, sumber Zubir yang juga orang dalaman produksi Astro, menghubungi Zubir, terus melepaskan kemarahannya apabila dia mendakwa kumpulan indie, Hujan kini dah makin besar kepala, sombong tak tentu pasal!
Zubir dimaklumkan sumber berkenaan, pihaknya ada menghubungi Hujan meminta kumpulan indie itu membuat persembahan pada malam kemuncak Konsert Akhir Akademi Fantasia 6 (AF6) apabila finalisnya, Toi (Khairul Nizam Baharom) diminta mendendangkan lagu kumpulan berkenaan, Ku Mahu Kau Tahu ketika membuat persembahannya nanti. Hujan akan muncul membuat ‘kezutan’ ketika Toi menyanyi.“Kau tahu tak Zubir apa dia orang (Hujan) cakap, ‘Berapa ribu lu orang (Astro) nak bayar gua (Hujan)?’.
Tengoklah, dia orang ni dah tak sedar diri, bodoh sombong. Baru ada nama sikit, baru kenal apa itu popular, dah berlagak gaya superstar!
Hello, awak tu baru indie group, belum popular macam Search, Wings atau Scorpions!,” dakwa sumber berkenaan.
Sebelum ini Toi menerusi konsert mingguan AF6 pernah mendendangkan lagu hujan, Pagi Yang Gelap.
“Dulu pun you all (Astro) guna lagu kita orang (Hujan) tak minta izin pun. You all kena bayar kita orang royalti,” begitulah lebih kurang katakata Hujan kepada wakil Astro yang menghubungi mereka.
Bagi Zubir, sekiranya benarlah dakwaan sumber dalaman berkenaan terhadap Hujan, ini sudah keterlaluan! Siapa mereka nak bercakap begitu? Pendapat Zubir secara peribadi, kumpulan hujan ini tak sempat belajar undang-undang muzik. Itulah, orang nak buat band, masuk mainstream, mereka pula ikut jalan belakang, join band indie, underground, sebab itu tak tahu apa yang mereka cakap mengenai perjalanan dunia hiburan di Malaysia ini.
Tahukah mereka, semua penyanyi dan kumpulan muzik seluruh dunia seperti Michael Jackson, Mariah Carey, Celine Dion, Maroon 5, My Chemical Romance (MCR) dan ramai lagi termasuklah Hujan, royalti akan dipungut secara automatik oleh Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP)!Jika sesebuah lagu itu hendak diulang rakamannya, baru ia memerlukan keizinan. Namun, sekiranya lagu popular berkenaan sekadar dipersembahkan kepada khalayak ramai, ia tidak memerlukan keizinan daripada penyanyi asal lagu itu. Cukup sekiranya MACP sedia maklum mengenai perkara berkenaan.
Justeru, Zubir tak faham kenapa Hujan begitu berani meminta royalti daripada Astro? Jika kumpulan mereka tidak bernaung di bawah payung MACP, bagaimana lagu popular mereka boleh sewenangwenangnya berkumandang di corong stesen radio terkenal? Adakah Hujan menggunakan 'pintu belakang'? Setahu Zubir, setiap lagu yang bakal disiarkan, perlu menjalani proses tapisan dan tersenarai di dalam MACP.
Nasihat Zubir kepada kumpulan Hujan, jangan jadi talentet without brain! Menurut sumber yang sama, apabila kumpulan Hujan memberikan kenyataan begitu, pihak Astro terus menggugurkan lagu Ku Mahu Kau Tahu dan menggantikannya dengan lagu dendangan Mawi, Cinta Zulaikha. Justeru, semalam ketika Konsert Akhir AF6, Toi mempersembahkan lagu berkenaan.
Kepada mana-mana artis yang baru nak belajar popular dan terkenal itu, janganlah jadi seperti Hujan, nanti buat orang benci saja! Pun begitu, sekiranya Hujan berkecil hati dengan kritikan ini, Zubir minta maaf OK! Anda perlu ingat, kumpulan Hujan berbakat besar, jangan mensia-siakan bakat anda dengan masalah perangai!ARTIKEL BALAS : Itu Semua Hanya Salah Paham
0 Feedback:
Post a Comment