HUJAN : Cume Salah Paham!
Kalo ade orang baru nak naik mesti ade yang dengki!knape jadi cam nie?
Baru tadi kami letak artikel pasal Hujan dicop sombong bodoh,nie kami dapat berita terbaru menyatkan ianya cuma salah paham.Ade individu yang cube nak rosakkan imej Hujan dengan memberitahu pihak media berkenaan dengan statement yang dikeluarkan.Hujan tak salah dalam hal nie.Cume ade orang nak boikot Hujan.
Sebenarnya benda tu miscommunication yang baru nak ungkit
Harap2 lepas nie takde la isu-isu yang nak menjatuhkan satu sama lain,Harap pihak media juga tidak memandang serong tentang local scene. Jom bace info nie!
Sumber: Mstar
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
LEPAS satu, satu lagi hal yang menimpa kumpulan muzik indie Hujan. Baru-baru ini, band yang dianggotai oleh Noh, Am, Dukegong dan AG (Coco) ini diberi gelaran band 'bodoh sombong'.
Isu tersebut timbul setelah mereka dikatakan meminta royalti daripada pihak Astro apabila mereka diminta membuat persembahan pada malam Konsert Akhir Akademi Fantasia musim keenam (AF6) Sabtu lalu.
Berikut adalah luahan hati vokalis Hujan iaitu Muhammad Noh Salleh tentang insiden tersebut. Katanya, hal tersebut timbul kerana masalah salah faham semasa Noh dihubungi seorang lelaki yang tidak memperkenalkan diri mewakili pihak Astro.
"Sebenarnya benda tu miscommunication yang baru nak ungkit.
"Saya tak tahu siapa yang telefon waktu tu. Dengar macam suara budak (orang muda). Tanpa memperkenalkan diri, dia terus tanya samada kami free atau tak pada Sabtu lepas.
Saya ingatkan dia nak panggil kami buat show atau gig, jadi saya terus jawab berapa ribu lu orang nak bayar gua? Itupun dia cakap nak kami perform satu lagu sahaja iaitu Bila Aku Sudah Tiada.
"Dia tak cakap betul-betul dan dengan cara yang betul. Kalau saya tahu pihak Astro nak jemput kami perform pada malam tu, saya takkan minta bayaran.
"Kami mendaftar bawah Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) dan kami tiada hak untuk tanya tentang bayaran.
"Kalau mereka kata kami demand, itu perlu sebab kami kena jaga hak kami supaya tidak diperbodohkan oleh orang lain.
"Kami tak kisah kerana rezeki ada di mana-mana. Kalau Allah nak bagi, Insya Allah ada lah," kata Noh ketika dihubungi mStar Online.
Sebelum ini, Toi pernah menyanyikan lagu hits mereka iaitu Pagi Yang Gelap ketika konsert mingguan AF6.
"Dulu masa mereka guna lagu kami, mereka tak minta izin dengan kami pun. Tetapi kami tak pernah besar-besarkan hal itu sehingga berjumpa dengan media.
"Kami rasa terkilan apabila dituduh yang bukan-bukan lebih-lebih lagi dikatakan tidak tahu apa-apa tentang MACP.
"Kami tak kisah dengan apa yang orang nak cakap kerana kami tak boleh buruk sangka dengan orang lain," ulas Noh yang sedang sibuk untuk menerbitkan album pertama Hujan.
Sejak kemunculan mereka dalam industri bermula awal tahun 2006 lalu, mereka telah melahirkan dua EP dalam bentuk cakera padat (CD) iaitu 1,2,3, Go! dan Check Check Rock Rock yang dijual ketika mereka melakukan gig atau show.
Kini sudah tiba masanya Hujan menerbitkan album sebagai tanda menghargai peminat yang menyokong Hujan selama ini dan ia dijangka keluar bermula bulan Jun depan.
Biarpun dilanda pelbagai tohmahan, mereka juga masih ditawarkan untuk melakukan persembahan.
Tambah Noh tentang insiden itu lagi, "Jika Astro nak jemput kami untuk membuat persembahan, mereka patut bertanya dan berbincang dengan pengurus kami. Barulah nampak profesional, walhal mereka merupakan syarikat yang besar...".
thanks for clearing this up. i hate to think that Hujan dah jadi "bodoh sombong"! anyways, it's normal for ppl to be jealous when you're at the top.never mind.keep the spirit up!i totally support u!
u'r welcome..kami tidak memihak dimane-mane belah pihak,kami cube updatedkan ape yang terbaik...terpulang kepada mane-mane pihak untuk memikirkan nye..
betol mende tuh mmg normal bile ade orang nak naik..btw thx for supporting us!keep in visiting!
-Mayo