Retro9

Malaysian Indie Band Resource

Malaysia Indie Band Info

Thanks Korang!

Thanks korang singgah blog R E T R O 9,soo kiteorang galakan korang untuk subscribe sebagai mail reader,supaya korang tak terlepas info-info yang terbaru dari kami.KLIK SINIuntuk subcribe,jgn lupa untuk verify e-mail ok!

RETRO9 CREW

Korang Ade Info?

Korang ade info?nak share ngan Retro9 dan orang lain? hantarkan ke mayoegg@gmail.com ataw buzz kami di Myspace kami

RETRO9 CREW

KAMI the Movie Tour

Siapa yang tak tahu cerita KAMI yang disiarkan oleh tv8,bukan sahaja remaja bahkan adik-adik kecik pun dah taw cerita nie ingat Kami ingat Nokia dan band katanya ,kerana mendapat rating yang terlalu tinggi,maka mereka telah bercadang memebuat KAMI the Movie yang akan ditayangkan pada oktober 2008.Kami juga memaparkan kisah 5 orang anak muda dengan kehidupan yang biasa dilalui oleh remaja masa kini.

5 orang anak muda ini juga mempunyai satu minat yang sama,banyak element yang boleh didapati dalam filem ini dan tidak ketinggalan juga memaparkan band-band indiependent.Ini juga sebagai salah satu cara memperluaskan skop band-band indiependent kepada orang ramai melalui filem.Nas-T (Abu) juga mempunyai band bernama Dragon Red,soo pada yang minat Abu jgn lupa tgk dia perform!

Jangan lupa tok send flyer nie ke kawan-kawan korang,copy paste kod kat bawah


Soo nie schedule untuk KAMI the Movie Tour.

28 Jun
City Plaza,Johor Bharu
Plague Of Happiness Bittersweet The Times One Buck Short Meet uncle Hussain Love Me Butch Couple Pop Shuvit

5 Julai Dewan SJK(c) Yuk Choy,Ipoh
Laila's Lounge Bittersweet The Times One Buck Short Meet Uncle Hussain Love Me Butch The Agrobeats Couple

19 Julai Dataran Pahlawan,Melaka
Harmacy Bittersweet The Times One Buck Short They Will Kill Us All Love Me Butch Butterfingers

25 Julai New World Park,Penang
Estrella Bittersweet One Buck Short They Will Kill Us All Meet Uncle Hussain Couple Butterfingers

3 Ogos
New World Park,Pahang
Dragon Red Bittersweet The Times One Buck Short Love Me Butch Meet Uncle Hussain Couple OAG

9 Ogos
Rumms,Kuala Lumpur
Pure Vibracion Bittersweet One Buck Short The Times They Will Kill Us All Meet Uncle Hussain Koffin Kanser Couple

18 Oktober Car Park,Stadium Bukit Jalil KL
Estrella Bittersweet The Times One Buck Short They Will Kill Us All Meet Uncle Hussain Couple Laila's Lounge Harmacy Hujan The Agrobeats Dragon Red Pure Vibracation Republic Of Brickfields OAG Pop Shuvit Plague Of Happiness Love Me Butch Blind Tribe Koffin Kanser Pilgrims
Mari kita datang ramai.. "dari kita untuk KAMII" (cam pelik jek?)
Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Jom Meriahkan Best Of Indie


Menjanjikan yang terbaik untuk korang semua,datang dan tunjukan tanda sokongan anda kepada band-band tempatan serta sokongan anda kepada kami selama ini.Kami sebagai supporter di Best Of Indie Gig 2008.

Tiket-tiket presale boleh didapati dengan harga RM19 sehingga 1 hari sebelum hari event.Jangan lupa bawak duit poket lebih untuk beli clothing-clothing dari label tempatan kita " buatan Malaysia mmemang hebat" heheheh

Kepada sesiapa yang komfem datg bulleh tinggalkan komen,mane taw leh lepak same-sama di Best Of Indie 2008 ok! Klik Sini untuk download flyerz, Jumpe korang kat sana!

Untuk mendapatkan presale tiket boleh kontek Cik Fara di http://www.myspace.com/musicmumusicku

Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Dari Kuala Lumpur Ke Singapore - The Times

Hell-O to all boys n girls!!!!! for your information THE TIMES third album MODERN MINIMALIS GLAMOUR is out now...ada 10 songs n the first single SINGAPURA KUALA LUMPUR boleh didengar di amp. channelv.com/thetimes.

Setelah mendengar terpulang kepada anda semua untuk menilaikannya... Naza n The TIMES amat berbangga n bebesar hati jika kawan2 semua dapat vote our new songs kat amp.channelv. com/the times

Apa lagi try check it out n sing it to yer EX girlfriend/boyfriends...Hahahaa..Enjoy n have Fun! Buy the album n come to our show! Bang!bang! Rock n roll.
....ikhlas n tulus dari Naza N THE TIMES2008...........

Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Euro 2008 Indie Jam - Bola Bola

Articel by : Mayo
Sempana Euro 2008 nie,gig Euro 2008 juga diadakan jika hujung-hujung minggu tiada plan nak gi mane?kami syorkan korang ke EURO 2008 INDIE JAM pada hari AHAD 29/6/2008 di CYBERRJAYA LAKE GARDEN jam 2 petang antara band-band yang terlibat :

- Romancesa
- Bittersweet
- Roti
- Pop Shuvit
- Bottlecapt dan banyak lagik..

Jangan ketinggalan dah la free jom support sambil berbola!! (haaa berbola?)
Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Romance Dan Romansa

Articel by : Teeqah

1. korang cite la sket sal diri korang..

-Bang chik selaku bassist berumur 28 tahun dan bekerja di
Damansara Perdana sebagai account executive..wan Hamdun
pula selaku drummer berumur 25 tahun dan bekerja di
Bandar Sri Damansara sebagai Engineer..Shaa pula selaku
keyboardist berumur 18 tahun baru sahaja menyambung
pelajarannya dalam tingkatan 6 di St John...Acap pula
selaku vocalist berusia 24 tahun dan bekerja di Cheras
sebagai kartunis...manakala Aida pula berusia 24 tahun
dan bekerja di tempat yang sama dengan acap sebagai
graphic designer...dan hizani selaku guitarist berumur 24
tahun masih lagi belajar di MSU, Shah Alam dengan
mengambil Bachelor in Hospitality Management(tourism)...


2. dari mane korang dpt idea lagu korang??
-just buat melodi je...kalo ok teruskan smpai abis.kalo
x ok reject laa..pastu barula buat lirik..

3. korang slalu kalu ada mase free wat apew??
-tgk wayang,online...huhuhu,melepak minum laa...

4. slalu g jamming kat mane??
-selalu jamming kat studio sonic,bandar sri damansara.kat
area umah kitorg je...huhuhu...



5. mcm mane ngan korang nyer pencapaian wat mase skunk?? oke?
-untuk setakat ni Alhamdulillah...ada jgaklaa yg memberi
perhatian pd lagu2 kitorg...ep kitorg pn dh terjual lebih
dari 100 copy dalam masa 3 bulan lepas kitorg release ep
kitorg and kitorg rasa sgt terharu...gig plak utk setakat
ni Alhamdulillah laa dlm sebulan kitorg ada main
sekurang2 2 gig...soOoOoooo hepi...

6. ape yang korang rase ngan our indie band??
-mmg makin bertambah dari bulan ke bulan...mmg satu
perkembangan yg sgt sihat...kita dh bleh nmpk
perkembangan tu sbb band2 indon mmg dh kurang sgt skang
ni yg masuk malaysia sbb organiser dh berani nk buat
konsert untuk band2 indie kat malaysia ni...sangat
berkembang dan dengan pastinya akan tetap berkembang...

7. ape yang korang harapkan dri fans korang? n peminat indie band nie??
-kitorg harap semua akan sentiasa menyokong kitorg dan
band2 indie yg lain sbb kat malaysia ni sebenarnya
banyak sangat band indie yg berbakat besar dan ada lagu2
yang sedap. tp kena ingat,band2 indie sndiri pn kena
sentiasa meningkatkan kualiti lagu2 diorg dan memastikan
fans diorg sentiasa selesa dgn kita..itu yg penting sbb
tanpa fans mmg xkan kemana...diorglaa hakim untuk band2
indie...

8. wat the 5 things we shud noe about romancesa??
-bang chik,wan ngan hizani tu sbnrnya
adik-beradik...huhu...
-acap dgn hizani tu satu sekolah dari darjah
satu...huhu...
-aida tu mempunyai bibir yang hampir menyerupai nabil raja lawak..hehe...
-shaa tu kan,dia jadi host untuk rancangan kanak-kanak chiki boom kat RTM...heee...
-romancesa mempunyai 2 jenis haiwan peliharaan iaitu 2 ekor hamster yg bernama lilo dan loli
dan juga seekor kucing yg bernama cesa :)


thanx sbb sudi interview kami...kami sgt menghargainya :) semoga kite bersama2 akan maju dan
berjaya dlm apa je yg kita buat...terima kasih and sori for the late reply :) jgn lupa singgah myspace kami di http://www.myspace.com/romancesa

~romancesa sayang kamu~

Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Best of Indie 2008 [sape nak booth]


More event! berminat? booth indoor disediakan... more info for art/clothing exibh/booth contact us :

Fara - 0176613130 (Melaka)
Zam - 0172060589 (KL)
@ send msg kt link mespes ini
FARA

Harga Murah !! 1 Booth = Rm30 Sahaje ..
Cepat2 Masih Ade Kekosongan !!
sila sertakan details

name of label:__________

name of crews:
1)______________
2)______________


contact number: ___________
TIKET PRESALE DIJUAL SKANG DGN HARGE RM 19
p/s: mc dea cumel :p

btw,korang sume jgn lupe datang tao. bawak ramai2 datang tao. tiket PRESALE boleh didapati skang :)

Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Magik Bertukar Menjadi Musik

Kali ini bukan lah nak cerita pasal kegilaan membuat magik tapi kegilaan magik menjadi musik.Magik,korang pernah dengar name band nie?

Kali nie kami bawakan Magik kepada korang semua.Magik ditubuhkan tahun 1999 asalnya nama GATRA sebab tak larat nak menjawab soalan apa maksud gatra , " saya tukar pada nama magik sebab dalam dunia ni kita pergi mana2 pun semua org tau perkataan magik dan maksud magik" jawan Ijep.

Mari ikuti interview bersama Magik.

Magik=M(Mr.Ijep) Retr09=R9 (Jeju,Nabil&Mayo)

R9 : Magikband ade brape band mates?
M : 5 org brian- vocalist,jess-guitarist ,saya sebagai bassist (ijep) ,adi-saxophone ,casey-drums

R9 : Genre apa yang korang ketengahkan?
M : Kitaorg main easy listening pop so org dengar agak relax mesej kitaorg dah tercapai sebab semua org kat myspace komen kata diaorg agak rasa relax bila dgr lagu tu (lagu belahan kedua)
kitaorg dah berjaya menunaikan amanah..

R9 : Ada juga tadi ternampak komen menyatakan sedih..leh komen sikit?
M : Sedih tu terpulang pada masing2 la sebab skrg dah byk huru hara dalam dunia so kitaorg harap dgn music semua org akan tenang..lagipun saya dah buat muzik rock,hip hop so utk band sendiri rasa nak lebih cool sikit


R9 : Korang nie dari satu tempat ke or laen2?
M : penyanyi je dr sabah yang lain asal johor

R9 : Jauh import vocalist ye?
M : yup tapi dia ada kat sabah guitarist dan drummer pernah ada album dgn kumpulan Mentor
dalam tahun 90an

R9 : Boleh cerita sikit pasal lagu belahan kedua?
M : Belahan kedua tu maksudnya soulmate cerita mcmana bila kita sendiri alpa dalam menjaga separuh dari belahan diri kita akhirnya kita menyesal sebenarnya tu lagu putus cinta

R9 : Mmg lagu sedih la nie?
M : tapi dengan music yang agak modern so tak terasa sgt la jiwangnya thats why saya masukkan saxophone

R9 : Knapa ada satu lagu saja yang diuploadkan,mesti banyak lagi kan?
M : Sebenarnya utk satu album dah ada lagu tinggal nak record je saya composer dan lyricist utk belahan kedua tu utk 2nd single tajuk lagunya KU SATUKANNYA SEWARNA rentak acoustic mcm lagu more than words (extreme)

R9 : Influence korang??
M : GIGI, secret garden, fourplay

R9 : Soklan biasa neh ape pandgn korang pasal scene skang neh?
M : scene music malaysia semakin terbuka,cuma kita jangan hilang focus utamakan kualiti dulu baru glamour jangan baru 1 dua lagu dah kena jangkitan star syndrom

R9 : Bila korang nk release lagi single?
M : dalam 2 bulan lagi kot




R9 : Kata-kata kat orang luar sane?
M : Pada band tempatan jgn berhenti cari sumber2 music yang bagus ada byk sumber2 music yg bagus kat luar dari turkey, taiwan, europe itu semua akan membantu main music jangan ada dengki dan yang paling penting jgn lupa singgah ke myspace kami www.myspace.com/magikband dan dengarkan lagu kami!

Thanks to Magikband sbb korang sudi luangkan masa bersama kami dan menjawab beberapak soklan kami serta melayan karenah kami!! too all jgn lupe singgah myspace MagikBand!



Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Muck - New Singles Out Now !~

Tadaaa.. Interview Retro9 dengan kumpulan Muck.. Ekslusif buat anda semua

R9 : Retro9 , M : Muck

Ikuti interview tersebut :

R9 : Seperti yang kita semua maklum, kumpulan Muck ni dah lama dalam scene. Dari pandangan kumpulan Muck la, apa pendapat Muck tentang scene sekarang ??
M : Bagus, semakin bagus.Lebih meriah dpd dulu-dulu, boleh dikatakan tiap-tiap weekend ada je show.Band-band pun hebat-hebat gak

R9 : Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, terdapat beberapa pihak yang cuba mempertikaikan kemampuan golongan-golongan pemuzik indie dan underground dalam melahirkan sesuatu muzik yang baru. Ape kate Muck tentang perkara ini?
M : Takpe. Biarkan apa mereka nak cakap. Janji kite buat apa yang harus kite buat dan buktikan yang kite mampu juga kita lagi hebat dpd mereka.

R9 : Bila muck nak wat tour lagi?
M : Tour dimana?? Local or overseas? ? Insyallah if dah release album nanti, kami akan tour 1 Malaysia & Internasional.

R9 : Dengar-dengar korang ada new single kan..Macam nak dapatkan single korang?

M :

MUCK 'as the rain falls' SINGLE IS OUT NOW!!
Featuring the titled track : As The Rain Falls + Hello Sunshine & Every Wonder Is A Reel (previously unreleased track)
GET IT NOW FOR ONLY RM 10/= (Limited Copies)

-ORDER BY POS (FREE DELIVERY)

1. Bank In
Untuk yang ada account Maybank2u, boleh la transfer terus ke account Bodysurf.
Jika tiada, cari la cash deposit(mesin yg menerima duit) mana2 cawangan Maybank

No account: 508029141891 atas nama BODYSURF MUSIC
sesudah selesai bank in / transfer duit tu, msg trus ke bodysurf semua info2:
nama, alamat, no HP, quantity, time bank in, myspace URL & etc..
ke: +6012 5506592

2. Money Order
Sila isi atas nama MEOR SHAHRUS AMIR
(jangan sekali-kali isi atas nama BODYSURF MUSIC or MUCK)
Then pos kan ke alamat yg tertera:
If nak lagi selamat register / hantar guna pos laju / envelope pos express
sertakan sekali butir2 seperti nama, alamat, no HP, quantity, myspace URL & etc..

3. Cash
Antar cash (sorok leklok kat dalam envelope tuh)..
If nak selamat register / hantar guna pos laju / envelope pos express
sertakan sekali butir2 seperti nama, alamat, no HP, quantity, myspace URL & etc..

Hantarkan ke alamat:

BODYSURF MUSIC
1B, Jalan Lim Bo Seng,
30300 Ipoh, Perak,
MALAYSIA

for BOOKING inquiries plis contact +6012-5506592 (MYO)

R9 : Bila boleh peminat-peminat Muck tengok korang beraksi dalam masa terdekat ni??
M : Untuk bulan Jun , u all boleh pegi Angkatan Baju Malaya on Tour 2008 ; 15/6/08 kat Ipoh or 28/6/08 kat Kuala Terengganu. Untuk bulan Julai pulak, ada 2 event, 1st kat Evo Indie Fest , Ipoh on 12/7/08 dan Best of Indie 08 , Melaka pada 20/7/08..
(sila rujuk fliers di bawah)


R9 : Trimas!! Korang cool
M : sama-sama


Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Cantumas Cafe Akustik , K L



klik di gambar untuk peta yg lebih jelas.
mari pegi tgk KABUS, DUTA & byk lg ..~!

Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Oh Chentaku Tour




Oh Chentaku kini bakal mengadakan tour di Malaysia pada 14 June hingga 3 Ogos.Untuk tarikh dan tempat boleh tengok pada flyerz,dan pada 19 June nie Oh Chentaku akan berada di Indonesi selama 4 hari disana bagi memenahi jadual tour mereka disana.




Mari2 ramai 19 June nie kita hantar depa di KLIA!
Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Yang Pernah - Estranged



Selepas 2 bulan dalam membuat album baru,kini Estraged kembali dengan single tebaru mereka iaitu "Yang Pernah".Lagu ini hanya dimainkan stesen radio tempatan.Lagu ini pertama kali dimainkan di Jom Heboh jika anda perasan.


Untuk mereka yang sgt meminati Estraged boleh masuk ke estrangedmusic.blogspot.com bagi mendapatkan info2 terkini Estranged dan the making of "Yang Pernah" video clip.

Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Urbanscapes Performer Line Up


Ok so here are the confirmed acts that will be playing at Urbanscapes this month. Voters choice acts will be announced pretty soon:

xPax Lawn Stage - Love Me Butch, OAG, Bittersweet, KLPHQ (that's Kuala Lumpur Post-Harmonic Quintet), They Will Kill Us All, PureVibracion, Estrella, Seven Collar T-Shirt, Citizens Of Ice-Cream, Dian Bang and One Buck Short.

xPax Box - Joe Flizzow, Altimet and Deserters.

Acoustic Livehouse - Mia Palencia, Wayang Electroclash (Project Wayang)

Talk about the right to get over excited!

www.urbanscapes.com.my

Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

8tv Free Concert In Unzipped

Another free concerts in unzipped by 8TV,Well 8TV has come up with a new show where people can enjoy performances by local bands and artistes. For free! They’ll be held at Ruums, KL starting 12 June. You get the likes of Jaclyn Victor, Pop Shuvit, One Buck Short. Love Me Butch, Faizal Tahir and Estranged just to name some. Are you grateful or what?

Clik Here to subcribe as a mail reader!
Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Siapalah Hujan Untuk Lawan Astro

TENTUNYA ramai yang menggelengkan kepala apabila membaca cerita kononnya kumpulan Hujan sekarang ini semakin demanding dan banyak songeh. Terbaru, khabarnya Astro naik angin dengan kumpulan yang begitu popular dengan lagu Pagi Yang Gelap dan Bila Aku Sudah Tiada ini apabila mereka dikatakan meminta bayaran ketika stesen televisyen terbabit ingin menggunakan lagu mereka untuk program Akademi Fantasia.

Malah Hujan menerusi vokalisnya Noh juga enggan menerima undangan Astro yang memerlukan khidmatnya untuk menyanyi bersama salah seorang peserta program itu, Toi yang juga sebagai salah satu kejutan untuk program itu. Ekoran kejadian itu, nama Hujan menjadi panas apabila cerita sensasi itu menjadi bahan paparan media.

Apakah Hujan tidak pernah serik dan tidak menjadikan pengalaman sebelum ini sebagai pengajaran. Bukan sekali dua Hujan buat hal malah berkali-kali kerana sebelum ini pun banyak cerita di belakang tabir yang mengatakan mereka sudah besar kepala, perasan bagus serta bermulut celupar.

Pun begitu, tidak adil andai tidak mendengar sendiri cerita dari mulut si empunya diri. Ketika dihubungi Hip dan diajukan persoalan mengenai kontroversi yang berlaku itu, Noh bersedia menjawab setiap pertanyaan tanpa sebarang reaksi negatif. Sambil menyifatkan apa yang berlaku sebagai salah faham, Noh berharap kontroversi itu akan segera diselesaikan dengan aman tanpa melukakan hati mana-mana pihak.

Hip: Khabarnya Astro tidak puas hati dengan Hujan. Boleh terangkan apa sebenarnya yang berlaku antara Hujan dan mereka?

Noh: Apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham antara pihak kami dan juga Astro. Apabila saya baca saja cerita ini di surat khabar memang tidak dinafikan saya terkejut dan rasa terkilan yang amat sangat apabila mereka meletakkan kesalahan itu di bahu Hujan sepenuhnya. Ingin saya jelaskan di sini bahawa apa yang terjadi sebenarnya adalah berpunca daripada orang yang menghubungi saya dari awal lagi. Orang yang menelefon dan mengundang kami itu nyata tidak profesional. Sudahlah tidak memperkenalkan diri, tiba-tiba saja menuduh Hujan tidak mahu memberikan kerjasama dan kononnya meminta bayaran jika mahu menggunakan lagu kami. Dia sepatutnya memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan sebenar dari awal perbualan. Ini tidak, saya ingat dia telefon sekadar untuk mengajak saya buat persembahan gig kerana dari nada perbualannya menunjukkan sedemikian. Mengenai soal bayaran, kami boleh bertolak ansur asalkan dia menyatakan tujuan asalnya menelefon saya. Ini tidak, apabila saya tidak dapat menunaikan permintaannya itu tiba-tiba muncul cerita di akhbar kononnya Hujan sudah mula buat perangai. Paling membuatkan saya marah adalah apabila mereka turut membabitkan soal royalti dan mendakwa kami tidak mendaftar dengan MACP. Sebagai artis saya tahu tanggungjawab kami dan kami memang berdaftar dengan badan itu.

Hip: Kenapa Hujan menolak permintaan mereka?

Noh:
Noh menolak permintaan kerana mereka mahukan Noh seorang saja yang beraksi bersama-sama Toi sedangkan pada hakikatnya Noh tidak biasa membuat persembahan tanpa anggota kumpulan lain. Malangnya orang yang menelefon saya itu tidak mahu mendengar alasan saya. Lalu berlakulah salah faham dan membuatkan nama Hujan naik sebagai kumpulan yang banyak songeh dan berlagak menurut pandangan mereka.

Hip: Takkan tidak ada jalan penyelesaian untuk meleraikan masalah ini?

Noh: Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini berlanjutan kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah untuk kedua-dua pihak. Cuma apa yang menyebabkan saya kecewa adalah mereka tidak menelefon saya dan bertanyakan perkara sebenar. Sebaliknya mereka lebih rela menggunakan media sebagai tempat untuk meluahkan segala-galanya. Lebih membuatkan kami bengang apabila orang yang tidak tahu menahu perkara sebenar tampil membuat kenyataan melulu. Sudahnya, nama Hujan juga yang mendapat tempiasnya. Terkilan juga hati apabila tidak mendapat ruang untuk menjelaskan perkara sebenar. Tapi tak mengapa. Sejak menceburi industri muzik arus perdana ini kami memang sudah bersedia dengan pelbagai gosip yang ada kala melukakan hati kami. Mahu atau tidak, inilah jalan yang kami pilih dan kami harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Berbalik kepada soal mencari jalan penyelesaian, sejujurnya itulah yang kami harapkan. Kami tidak mahu salahkan sesiapa dalam soal ini. Mungkin dalam hal ini kami ada juga membuat kesilapan. Sebelum ini pun Astro ada memanggil kami untuk bersemuka cuma tak tahu bila pertemuan itu akan berlangsung.

Hip: Hujan tidak takut digam Astro gara-gara kontroversi itu?

Noh:
Bagi Hujan rezeki ada di mana-mana. Kalau betul mereka hendak gam kami atas kesalahan itu, kami tak boleh buat apa-apa dan berserah saja. Siapalah Hujan untuk melawan mereka?




Hip: Sejak dulu hingga kini, nama Hujan tidak pernah lekang dari kontroversi. Pun begitu, ramai yang mengatakan kontroversi yang berlaku semuanya kerana Noh. Komen sikit?

Noh:
Tidak dinafikan sebagai vokalis kumpulan Hujan dan juga frontman, pastinya saya yang akan menjadi sasaran jika berlakunya kontroversi membabitkan Hujan. Jadi sebagai jurucakap dan juga merangkap ketua kumpulan sudah pasti jika ada yang cuba menjatuhkan nama kumpulan kami, saya akan cuba mempertahankannya kerana itu adalah sebahagian daripada tugas saya. Mungkin sebab itu mereka lihat asyik Noh saja yang dikaitkan dengan macam-macam masalah. Cuma apa yang saya nak tambah di sini adalah, mungkin ramai yang mendakwa sedemikian kerana mereka tidak mengenali diri saya yang sebenar. Kalau mereka kenal saya sedalam-dalamnya tentu mereka tahu yang saya tidaklah seburuk yang disangkakan. Bagaimanapun, seperti yang saya tegaskan tadi, inilah cabaran yang harus saya tempuhi apabila mengambil keputusan untuk memasuki dunia arus perdana. Saya harus bersedia menghadapinya.

Hip: Pengaruh Hujan dalam arus perdana semakin hari semakin kuat. Apakah Hujan masih memerlukan gig seperti zaman sebelum dikenali dulu?

Noh:
Buat masa ini kami perlahankan dulu aktiviti gig ini kerana kami lebih pentingkan soal keselamatan. Seperti yang ramai sedia maklum, kalau show gig biasanya soal keselamatan tidak diambil kira. Jadi Hujan lebih senang menumpukan persembahan biasa kerana ia lebih teratur dari segi pengurusannya terutama soal keselamatan artis yang membuat persembahan. Jika sebelum ini ada yang mempertikaikan tindakan Hujan kerana enggan terikat dengan mana-mana label, di sini saya ingin memaklumkan bahawa Hujan sudah pun menandatangani kontrak pengedaran album dengan syarikat rakaman FMC. Kami sudah pun selesai merakamkan album kami yang ketiga dan tunggu masa untuk diedarkan. Paling lewat pun pada penghujung bulan ini. Kami hanya menandatangani dari segi pengedaran saja. Album ini pula diterbitkan oleh syarikat saya sendiri iaitu Noh Phrofiles Enterprise. Dalam album ini ia turut mengandungi lagu dari album pertama dan kedua kami. Jadi mana-mana yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan album itu bolehlah mendengarnya menerusi album ketiga kami ini.

Qoute : Berita Harian

By : Mayo
Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Interviews bersame The ScreenSaver


Savers's Family
Dianggotai oleh Ben,Syahir,Apek, Azril ,Jeril & Zam

R9 = Retro9 SS = The ScreenSaver

[interview telah berlangsung antara crew retro9 dgn azril & zam di ym ]

R9 : Bila actually band ini tertubuh dan siapa yang terlibat ?
SS : Mule2 band ni tertubuh pada akhir 2006.Yg terlibat ade dlm 5 org. Mule2 takde serius just nk isi masa lapang tp sbnrnya bermula semasa nk buat perform time merdeka kat UTeM. Kebykn masa kitaorg sbnrnya ade 4 member je, Ben, Syahir, Apek & Azril sbb Jeril busy dgn study. So,thn 2007 kebykn kitaorg perform 4 org je la, then,suddenly kitaorg nk tambah instrument kat dlm lagu kitaorg ni. Lama gak sbnrnya hasrat nak cari seorg keyboardist kat UTeM. Tibe2 Zam yang minat musik ni dtg kat kitaorg, join time jamming. Tiap2 kali time jam, smpi zam ni leh hafal lagu kitaorg. Byk gak dia tlg kitaorg dr segi arrangement lagu, or benda2 yg berkaitan & selalu record time jamming & perform. Last2 kitaorg suh dia belajar keyboard then lama2 dia dh jadi part of Saver Family so,dpt gak member yg ke-5 TheScreenSaver. Jeril tidak dipinggirkn dia jadi sessionist gitar tuk band kitorg so,mayb time perform perlukn gitaris tambahan, leh join & time jamming pun dia ade gak if dia free.


R9 : mengapa name screensaver dipilih ?
SS : firstly kte jmp kt 1 kem ni Apek,Syahir,Ben & Jeril.masa tu kitaorg bertukar2 pendapat psl music then tbe2 apek just nk bt band sbb impian dia mmg nk tubuh band so,dlm kem tu ade slot yg nama dia screensaver maknanya kte leh bt ape2 sj tp kt dlm khemah tp kitaorg lepak kt tepi pantai sbb kitaorg yg handle.hahaha. so,tbe2 apek nk 1 nama band Ben trs namakan TheScreenSaver so, kiteorg stick nama tu smpi skg

R9 : ape genre yg band ni bawak ?
SS : genre sbnrnya mula2nya nk bt punk rock but sbnrnya sume ahli dlm TheScreenSaver ni berlainan genre so,agak ssh nk stickkn 1 genre so,kte kte try bt indie emo yg menyelitkn experimental not music but genre experimental genre.

R9 : bile sbnarnye korang 1st perform secara official ?
SS : 1st perform secara official ni mcm ssh nk ckp plak tp maybe time battle of the band kat melaka thn 2007 but 1st time gig pada thn ni [*info: 1st gig=Sunday Nite Bash (24 Feb 2008) @ NaifStudio] dgn adanya lagu yg baru seperti Nightmare Before Valentine, You Not Worth It.

R9 : camne agaknye penerimaan crowd terhadap korang berdasarkan korang buat persembahan sblom ni ?
SS : Nampaknya penerimaan crowd mmg btl2 happening & enjoy dgn performance kitaorg mungkin sbb lagu yg sesuai dgn gig.

R9 : kemane hala tuju musik korang ?
SS : Pada mulanya hanya nk melihat bagaimana penerimaan lagu kitaorg ni sbb lagu yg kitaorg buat ni agak menarik didgr. Kalu dgr,maybe org akan ckp ape influence kitaorg so,mmg lain drpd yang lain so,bile nk ckp influence band TheScreenSaver ni maybe takde influence yang stick btl2 tuk 1 band maybe secara individual mungkin ade. Mungkin kitaorg akan buat EP yang betul2 mantap lebih kualiti drpd skg sbb biasa r student kan ssh skit. Masa n duit diperlukan but skg ni kitaorg try tuk buat perform lg kat mana2 gig.

R9 : last, ape harapan korang ?
SS : harapan kitaorg sbnrnya nk perdgrkn lagu kitaorg ni kat sume org xkira r mcmana pun caranya sbb sbnrnya musik yg ktorg cipta ni tuk bgth kat sume org pe yg sesetgh org kat sekeliling kite hadapi & nk share kat sume org ape yg kitaorg rasa gak.hehe.Mcm tu lebih kurang but this 1st demo is just the begining sbb byk lagi karya kitaorg yg belum diperdgrkn disebbkn masalh2 yg dihadapi so,harap2 lagu kitaorg didgri oleh sume xkira siapa sahaja sbb if sambutan menggalakkn ktorg akan try buat EP yg memuaskn hati semua


Untuk ke myspace mereka dan dengar lagu mereka yang best sile ke http://www.myspace.com/dascreensaver orhttp://amp.channelv.com/screensaver . tak rugi pon :)

Writer : Jeju
Photo : Jeju

Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Kes RTM dan HUJAN!

Kali nie kes RTM dengan HUJAN pula ade dah jadi?jom ushar!


Qoute from KOSMO!

DIVA sudah tak tahu nak kata apa lagi dengan kumpulan Hujan. Diva rasa media dah banyak kali bagi peluang. Maklumlah mereka telah mencetuskan revolusi muzik tempatan yang bermutu. Malangnya, sikap mereka tak pernah berubah.

Baru-baru ini Hujan telah membangkitkan kemarahan RTM apabila menolak untuk membawakan lagu kumpulan Sofaz dalam satu persembahan kerana mendakwa mereka ‘tak main lagu orang’.


Kerana insiden ‘menegakkan pendirian’ itu, RTM tidak jadi mengundang mereka, sebaliknya mengambil kumpulan 6ixth Sense sebagai pengganti.

Belum reda lagi isu tersebut, Hujan sekali lagi membikin hati orang industri menggelegak apabila meminta bayaran dan hak cipta daripada pihak Astro selepas pengetua Akademi Fantasia 6 (AF6), Ramli MS mahu menggunakan lagu mereka, Bila Aku Sudah Tiada untuk konsert final yang berlangsung semalam.

“Nak minta copyright daripada kami bermaksud mereka tak mendaftar di MACP. Habis radio main lagu mereka ada copyright? Kalau nak bercakap atau punya pendirian pun biarlah bertempat. Guna minda bila bercakap, bukan guna hati,” komen Ramli tentang sikap Hujan.

Tambah Ramli lagi, macam mana band-band seperti mereka nak maju kalau terus attitude dan tak menghargai bila orang lain menghargai mereka.

Diva: Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.


Writer:Mayo
Clik Here to subcribe as a mail reader!


Baca Sepenuhnya Artikel Ini!

Ep Roti Out Now!


Ep Roti telah diriliskan pada Jumaat yang lepas dalam ep nie terdapat 5 buah lagu iaitu

1)Hina
2)Bosan
3)Ilustrasi mimpi
4)Rimba Konkrit
5)Gadis Akusteak version.


korang leh dapatkan ep nie dengan harga rm10 dan menghubungi Roti di www.myspace.com/bairotiband untuk keterangan lanjut!"Rimba konkrit adalah satu metafora dimana maknanya adalah Bandaraya.Menceritakan ttg kisah kehidupan manusia yg hidup didlm bandar metropolis yg kian sesak dgn populasi dan juga pencemaran akibat gejala2 atau aktiviti yg kurang senang dipandang dek mata kita. Manusia kurang peka tentang persekitaran yg hanya memberi peningkatan kemusnahan total skaligus memendekkan jangka masa hayat manusia di muka bumi. Dalam ertikata sebenar - pencemaran." kata AK bila ditanyakan tentang lagu rimba konkrit.

Roti telah mnjadi salah 1 ahli utk NOKIA INDEPENDENT ARTIST CLUB (Nokia IAC).kami telah mengupload lagu ilustrasi mimpi di www.nokia.com.my/iac di harap para2 bai roti dapat mengunjungi web tersebut dan voted kami utk lagu ilustrasi mimpi.hanya taip ROTI di ruangan search dan voted kami. tapi sebelum voted anda dikehendaki mendaftar sebagai ahli. antara keistimewaan menjadi ahli, anda dapat memuat turun lagu secara percuma dan bermacam2 lagi.kami mengharapkan sokongan anda utk membawa muzik indiependent tanah air ke mata asia. ini kerana hampir kesemua top 20 dalam Nokia IAC adalah band2 dari indonesia.Kami amat mengharapkan sokongan dari u all semua k . thnX. lagu ilustrasi mimpi dalam web site tersebut : www.nokia.com.my/iac

Writer : Mayo
Clik Here to subcribe as a mail reader!

Baca Sepenuhnya Artikel Ini!
 

different paths

college campus lawn

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent

apartment for rent