HUJAN bukanya benci media
Hujan Hujan dan Hujan..seringkali kita dapat lihat mesti ada yang memperkatakan tentang band Hujan,mereka dicemoh,dikritik dengan hebat dicop dengan pelbagai "title"
Kali nie kami qoute dari Harian Metro tentang isu Hujan tak benci Media
Atas alasan apa mereka mengenepikan media, adakah kerana sudah berasa hebat? Ikuti temubual wartawan NORHADIANI BAHAROM bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh.
SOALAN (S): Timbul pelbagai dakwaan kononnya Hujan tidak mesra media, apa komen Noh?
JAWAPAN (J): Kami bukan tidak mesra media cuma kami belum bersedia dan belum dapat membiasakan diri dengan suasana baru ini.Sebagai kumpulan indie, segalanya diuruskan sendiri dan kami tidak punya pihak pengurusan atau orang tengah yang akan berurusan dengan media. Mungkin ini menyulitkan lagi keadaan dan menyebabkan salah faham. Pun begitu, ada segelintir wartawan yang kami kenal dan sering membantu kami.
S: Kurang jelas dengan maksud anda tidak bersedia?
J: Kami menyertai arena seni kerana kami minat bermain muzik dan ingin memperdengarkan muzik kepada orang ramai. Kami tidak pernah terfikir perlu mempersiapkan mental dan fizikal untuk menghadapi media memandangkan kami bermula sebagai pemuzik 'underground'.
Kalau boleh kami memang tidak mahu terlalu 'expose' di akhbar atau majalah kerana lebih senang menghiburkan peminat dengan muzik kami bukan cerita sensasi.
S: Dari kenyataan anda, Hujan seolah-olah mempertikaikan peranan media?
J: Dulu saya tidak nafikan kami agak berkeras tetapi sekarang kami sedang belajar dan berusaha memahami tugas wartawan. Namun, dalam masa sama kami juga mengharapkan media menghormati prinsip kami.
S: Dalam bidang 'showbiz' artis memerlukan media untuk menaikkan nama mereka tetapi mengapa Hujan menolak?
J: Hujan tidak menolak sekiranya mereka (Wartawan) mahukan infomasi mengenai muzik kami. Tetapi kebanyakan mereka yang datang kerap bertanyakan soalan berbaur peribadi dan gosip dan kami terus-terang menolak pertanyaan sedemikian.
Baru-baru ini misalnya, dalam sebuah akhbar utama Hujan dituduh 'bodoh sombong' walhal penulis itu tidak tahu cerita sebenar. Berlaku salah faham.
Sebelum berlangsung konsert akhir Akademi Fantasia 6 (AF6) saya dihubungi seseorang. Tanpa memberi salam dan tidak memperkenalkan diri, dia terus bertanya sama ada Hujan sibuk atau tidak pada hari Sabtu (24 Mei)?
Jadi, saya sangkakan dia mungkin penganjur pentas disebabkan itulah saya bertanyakan soal bayaran. Peliknya, dia kata tiada bayaran dan dia mahu saya seorang saja terbabit tanpa anggota lain.
Terus-terang, saya tidak pernah dan tidak akan membuat persembahan sendirian. Selepas seketika berbual barulah saya tahu rupanya wanita itu dari Astro.
Dia menghubungi saya kerana pihak produksi program itu mahu saya membuat kejutan di konsert akhir AF6 kerana salah seorang peserta akan menyanyikan lagu Hujan, Ku Mahu Kau Tahu.
Sepanjang perbualan kami, rasanya saya tidak bercakap pasal royalti. Justeru dalam hal ini saya merasakan tuduhan terhadap Hujan itu agak melampau.
S: Anda yakin dengan hanya sokongan peminat, Hujan mampu bertahan?
J: Publisiti media tetap kami perlukan tetapi bukan publisiti murahan seperti gosip atau kontroversi. Kami mahu berkongsi dengan pembaca mengenai sesuatu yang membina.
S: Bagaimana anda melihat kerjaya Hujan sekarang ini?
J: Alhamdulillah, penerimaan peminat terhadap muzik kami sangat baik dan boleh dikatakan jadual Hujan dipenuhi dengan pelbagai undangan persembahan setiap minggu.
Pada 25 Mac hingga 9 April lalu, Hujan berkesempatan menjayakan konsert di United Kingdom sempena Hujan To UK Foundation anjuran peminat dan pelajar Malaysia di sana. Manchester, Liverpool dan Sheffield antara lokasi persembahan kami.
Bertitik-tolak dari persembahan itu Hujan, mengharapkan lebih banyak peluang diperolehi beraksi di luar negara selepas ini.
S: Kebangkitan kumpulan indie bagai memberi sinar baru kepada industri muzik tempatan. Bagaimana Hujan melihat tanggungjawab dan peranan ini?
J: Memang satu tanggungjawab besar apabila peminat meletakkan kepercayaan tinggi sama ada kepada Hujan mahupun kumpulan indie lain.
Apa yang boleh kami lakukan sebagai menghargai sokongan semua dengan menghasilkan produk yang bagus dari masa ke semasa. Muzik yang menghiburkan orang, itu paling penting.
Selebihnya kita mengharapkan sokongan dari penggiat seni membantu kita untuk menembusi pasaran lebih besar.
S: Apa perancangan baru dalam masa terdekat ini?
J: Sekarang kami sibuk menyiapkan proses mixing album pertama. InsyaAllah ia akan berada di pasaran sekitar Jun. Selain muzik diperkemaskan, kami juga cuba menonjolkan kepelbagaian muzik dalam album pertama.
Beberapa lagu dari album EP terdahulu, seperti Pagi Yang Gelap dan Bila Aku Sudah Tiada turut dimuatkan sebagai penghargaan buat peminat.
Terdapat beberapa lagu baru diharapkan mampu mengulangi kejayaan single terdahulu antaranya Aku Skandal dan Ku Mahu Kau Tahu. Apa yang boleh saya katakan pembikinan album ini lebih serius dan mantap.
S: Barangkali Hujan mempunyai perancangan menembusi pasaran luar?
J: Tentu sekali. Namun sebelum melangkah lebih jauh biarlah nama Hujan kukuh di tanah air sendiri terlebih dulu kemudian barulah kami bersedia mengembangkan sayap ke peringkat lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, memang ada impian memasarkan album di luar terutamanya di Indonesia. Malah ada pihak sudi membantu dan mereka ini kami kenali sewaktu menjayakan pembukaan konsert Peter Pan di Stadium Negara tidak lama dulu.
Kalau nak diikutkan, lagu kami pernah dimainkan salah sebuah stesen indie di Bandung, Indonesia. Namun,liputan diberikan tidak berterusan.
S: Kecewa dengan keadaan ini sedangkan stesen radio tempatan memberi publisiti meluas kepada mereka?
J: Ada sedikit. Tapi saya tidak nafikan muzik kumpulan Indonesia banyak yang bagus tetapi orang Malaysia patut ada semangat nasionalisme seperti mereka, bukannya menindas bangsa sendiri. Pun begitu, ia tidak melemahkan semangat kami untuk mencuba kali kedua.
S: Esok bersamaan 29 Mei, genaplah pemergian Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P Ramlee yang ke-35. Sebagai generasi baru siapa beliau di mata anda?
J: Beliau Seniman Agung yang tiada tolok bandingnya. Bagi saya, P Ramlee adalah idola kepada semua pemuzik di Malaysia.
Beliau pelopor dunia hiburan. Karya beliau sama ada filem mahupun muzik tidak mungkin ada gantinya. Jika diteliti setiap lagu Allahyarham bagai ada 'magis' dan untuk zaman beliau penghasilan muzik sedemikian cukup 'advanced'.
S: Mungkin ada perancangan merakamkan lagu beliau?
J: InsyaAllah, kalau diberi peluang kami cukup berbesar hati. Cuma saya merasakan karya P Ramlee tak perlu diberi nafas baru kerana kehebatannya tidak boleh ditandingi sesiapapun.
See Other Reviews About Hujan:
Hujan di fuck
Hujan dicop bodoh sombong
Hujan: itu semua salah paham
Clik Here to subcribe as a mail reader!
0 Feedback:
Post a Comment